Damn !


Damn ! takdapat lagi. Berkurun jugak gua tunggu saat ni tapi akhirnye men-suka cita kan jiwa gua. Cis,alih-alih tidak berjaya. Memang takde harapan nak buat degree la gamaknye. Ondekk, hilang selera gua nak makan asyik usha mende ni. Memang takde mase depan betul. DANGGGGGGGGG....
Gua syak harapan gua nak hidup selesa mungkin kat alam pekerjaan la gamaknye. Ahhh,rasa macam tak berapa nak besh je masuk saluran orang yang bekerjaya ni. Pemikiran yang tertumpu. Tak bebas dan tak freestyle. Damn ! untuk sekali lagi. Gua harap dapat terima kenyataan ni dengan perasaan yang luruh gembiranya sambil bersenyum ikhlas. Di sebalik kegembiraan yang bersenyuman ikhlas ada kehampaan tercalit sekali. Ohh,,damnnnnn ! untuk kali terakhir. =)))))

Shisha

 
Dulu gua tengok benda ni stok untuk manusia-manusia yang isap dadah tahap dewa punya. Tapi lepas selidik + ideologi kawan-kawan, baru la gua tau ape kebenda nye balang-balang ini. Benda ni sebenarnye macam rokok je  tapi benda ni takde nikotin(hal yang menjahanamkan organ badan) cume ada arang, perisa dan air sejuk rasanye la tapi kat bahgian bawah balang tu nampak macam ada air yang berkondensisasi(betul ke eja). Sebenarnya nak ulas panjang-panjang pun gua bukannye tau sangat pasal benda ni. Tapi kalo menghisap mungkin tererr sedut sepam dua. 

Masa mula-mula agak musykil benda haremm ni tapi atas desakan setan-setan,gua try perasa sepam dua. Dorang cakap benda ni tak sama rasa macam rokok sebab rokok bole menyebabkan ketagihan melampau. Gua dengan iye nye percayakan jela. Perghh dari awal bau-bauan menatang ni sememangnye harum semerbak. Macam-macam bau la, ada perisa la kata kan. Perisa anggur,oren,setawberi,mint,pisang,jagung,durian,manggis,laici,epal dan macam-macam lagi la(ntah betul ke idak). Tapi yang gua sedap nak bau selalu bau perisa setawberi. Perghh..harum, wangi, smooth plak tu. Hmmm...nak rasa sikit. HAHA. Gara-gara keberanian serta kerakusan nak merasa, akhirnya gua berjaya sedut sepam dua. Sangkut-sangkut paru-paru gua,sesak kekurangan oksigan. Yela gua mane penah menghisap benda ni. Lagi-lagi benda ni lagi hardcore dari rokok batang, nampak besar balang nye tu yang nampak lebih hardcore tu. Asap pun bukan calang-calang tebalnye, kalah rokok batang. Serupa duduk dalam kabus awan bile melepak bersama shisha sebalang. Sebalang ? hahha. Rokok kotak panggil sebatang tapi shisha sebalang. Eh, sebalang ke sebotol ? hmm, gua rasa mana-mana pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. 

By the way, benda ni ura-ura dari mulut members gua cakap benda ni selamat dan tak sumbang penyakit keronik. Jadi tak salah kalo lu orang nak merasa sepam dua. Ura-ura jela, gua pun tak tau betul ke idak. Nampak gaye lu orang kalo nak mencuba kena ada pemantauan dari yang lebih ber-ekseperian. HAHA. Nak jage hal ehwal kesihatan yedak. Takut ada-ada yang sesak napas dan tak tahan lemas dalam asap tebal. JENG JENG JENG....

Muvie dari seberang

Sebenarnya gua baru je tengok cerita ni, agak-agak bulan lepas gua dapat file muvie ni. Padahal cerita ni gua rasa tahun lepas dah keluar. Rasenye la. Tapi memang dah lama da cerita ni. Dari mula sampai la habis gua tengok cerita ni. Sampai dua ke tiga kali gua repeat tengok cerita ni. Memang hebat + versetail jalan penceritaan nye. Tapi penceritaan muvie ni agak lembap + bosan tapi cerita ni banyak membawa maksud yang tersendiri. Jalan cerita yang cukup menarik bagi gua walaupun cerita ni bukan cerita aksi + thriller. Gua rasa bole bagi 4 bintang daripada 6. Maknanye 4/6 la jawabnye.

Walaupun cerita ni tak sehebat cerita aksi sepider man atau pun suparman, gua rasa cerita ni memang besh dan layak di tonton rakyat malaysia. Tak rugi kalo lu orang pun sama tengok cerita ni. Banyak pengajaran yang dapat dari muvie ni. Gua rase semua isi-isi nye bole diterima akal dan di peraktik kan dalam kehidupan. Very well, gua rasa puas hati la tengok cerita ni. Gua rasa sanggup beli dvd original semata-mata nak support cerita sebegini rupa. HAHAHA. Gua harap cerita kat malaysia pun bole jadi setaraf macam cerita dari seberang walaupun cerita dari seberang nampak macam tak fames sebab publisiti tak banyak. Tapi yang penting sekali 'support our local scene'. Gamaknye.

Walaupun kecik-kecik tapi bakat besar beb.

You Pee As I

Baru-baru ni gua dapat tau yang gua diterima untuk menjalani ujian sesi interbie bagi  memasuki pusat pengajian tinggi. Selepas dapat je berita tu, gua rasa macam nak tak nak je pegi, yola macam takde potensi langsung gua nak jadi cikgu. Bukan takde, memang takde pun. Gua saje je hari tu isi-isi pemohonan kemasukan tu, alih-alih tak sangka gua terpilih. Pergh,macam tak percaya je gua takde rasa bangga dengan pencapaian ni. Memang tak reti bersyukur betol. Memang padan muke la gua ni kalau tak dapat sambung belajar kat mana-mana. HUHUHU. Memang gua tak pandang seriyus pun benda ni, tapi kena pegi jugak la interbie ni. Mana tau kalau dapat mungkin rezeki gua untuk tahun ni. HEHEHE. Tak salah nak mencuba nasib tapi gua tak letak harapan yang tinggi pada keputusannya, nanti tak dapat sambung frust menonggeng la jawabnya. HAHAHA.

Ok, gua bercerita perihal hari interbie tu pulak. Sebelum interbie kena buat ujian personaliti dulu. Ujian personaliti?? Ujian medsi sebenarnye, soklan sampai 300 soklan memang tahap dewa la. Tapi tak menguji kehebatan akal pikiran la, cume menguji tahap mental dan spirtiual untuk tengok sama ada korang ada potensi nak jadi cikgu ke kaki pukul. Masa nak ujian tu gua memang tak kesah sebab ujian tu senang + kacang, tak payah bukak buku pun bole jawab. Tapi yang gua heran budak-budak lain macam rasa tak senang duduk je nak layan benda tu, padahal takde la susah mana. Tapi secara praktikalnya, benda ni cume mengelirukan je. Yela soklan berperangkap la katakan. Tapi takde masalah bagi gua, dalam masa 45 minit gua rasa dah bole siap dan bole mintak keluar. Tapi tak manis keluar awal-awal yedak? HAHAHAHA.

Gua rasa menjawab soklan medsi tu takde masalah dan secara amnye gua rasa sape yang gagal dan lulus medsi tu tolak tepi dulu. Sebab masa interbie semua orang layak di temuduga. Jadi gua rasa medsi ni sebagai satu tindakan membuang masa pagi gua nak tido lelama. Cis, tak guna betul. Jadi sesapa nak amik medsi ni gua sages kan tak payah la nak bace-bace buku 2 sampai 3 ratus page tu. Buang mase je,buat pening kepala pun ada. Lagi satu, tak payah nak pakai formal-formal sangat, jangan di ikut panduan peraturan yang di bagi tu. Tipu je lebih semua tuh. Korang nak amik ujian, panel-panel(penjaga periksa) tak usha korang punya personaliti cara berpakaian. Takde hal la nak pakai jean ngan kasut konves. HAHAHA. Tapi masa interbie kena pakai formal sikit la. Sebab panel-panel nak tengok korang ni pandai berfesyen sebagai profesion guru ke artis. HAHAHA.

Selesai je perihal medsi tu, gua terus balik sambung tido. Interbie petang jadi ada masa sikit gua sepend kan masa untuk rehatkan minda campur pikir ayat madah untuk di kata-kata kan kat panel temuduga nanti. Masa interbie tu gua agak-agak datang lambat sikit sebab hujan renyai-renyai. Yela da masuk musim tengkujuh gamaknye. Disebabkan gua datang lambat nombor giliran gua untuk di temu ramah last sekali la jawabnye. Macam haram. Gampang. Gua rasa macam nak sepak sedas dua je kat panel-panel tu. Agak-agak la nak bersoal selidik sorang candidate selama setengah jam. Dalam group gua ada dalam 15 ke 16 orang, gua kira-kira lepas 3 ke 4 jam seterusnya baru turn gua la gamaknye. Setan betul! Dalam masa 2 jam gua tunggu dari pukul 2 sampai masuk asar turn yang ke-8 belum lagi. Hebat tak hebat la jugak dorang bersembang kencang kat dalam bilik temuduga tu. Gua tengok kat group lain dah nak settle up dah. Panel-panel tu gua syak dorang bermanja mesra sambil tukar-tukar nombor fon agaknya. Tapi benda ni tak bole nak kecoh-kecoh nanti gua tak dapat di temuduga kang susah. Kena jage hati panel temuduga punya pasal gua terpaksa tunggu dalam masa 2 jam lebih. Keras jugak la badan duduk lama-lama. Habis mood lari nak berkata-kata madah mesra dengan panel penemuduga. Gara-gara tunggu lama punya pasal, angin baran tetiba lalu, cibai betul. Shit.


Kebetulan mase tu, nasib baik la group yang lain dah habis di temuduga. Jadi group gua di sarankan untuk mencampakkan sedikit calon-calon ke room yang dah settle up. Jadi bole jimat masa sikit, takde la nak tunggu sampai keras + beku ponggong nak duduk lama-lama. Siot je, tapi nasib memang menyebelahi gua time tuh. Gua dengan sepantas kilat pegi ke room lain dengan mendahului dari calon lain. Makna nye gua la orang 1st lepas ni di temuduga. HAHAHA. Niat memang nak habiskan cepat sesi ni sebab nak balik awal. Petang gua kerja memang lemau la badan nak tunggu habis sesi temuduga ni. Last-last berjaya jugak gua settle kan sesi temuduga ni. Alhamdulillah, tapi gua tak puas hati betul la. Agak-agak gua tunggu lama untuk di temuduga tapi sesi temuduga gua sama panel-panel dalam 10 ke 13 minit cam gitu. Harammmm sungguh. Macam buang masa gua je. Tapi overall gua rasa gua macam kena rijek je. Setannnn. Yela, dari segi gaya bahasa panel tu macam merijek gua je. Macam takde harapan la gua nak sambung. Tanye soklan pun tak banyak kat gua. Rasa macam gua ni takde potensi nak di calonkan sebagai pelajar institut ni. Sial! Dari percakapan awal nampak macam bagi harapan. Macam ni....



 "awak nak tinggal kat asrama(kolej) ke kat rumah awak kalau saya bagi awak belajar kat sini? sebab awak tinggal dekat-dekat sini je kan " kata-kata panel penemuduga.

"Tinggal kat mana-mana pun boleh, bagi saya takde masalah." Jawab gua dengan rilek.


"Tak, saya nak awak pilih antara kolej atau rumah awak." kata-kata tegas selow sikit panel tu.


"Saya rasa saya pilih kolej. Nanti saya boleh bersosial dan bermasyarakat nanti." Jawab gua sambil senyum tak e-klas .




Gua rasa time tu macam ada harapan je nak belajar kat situ. Perghh,rupa-rupanya itu cuma polemik semata-mata. HAAARAMM betol.... Dengan perasaan hampa gua terus keluar lepas panel-panel macam malas nak menemu ramah lagi. Hampa gua hampa, bermodal kan ayat "takde masalah ok je tadi" untuk menjawab persoalan mak gua bile ditanya "macam mane interbie tadi". Tapi secara peraktikalnye, ini perkara biasa sebab gua dah penah lalui nye sebelum ni. Jadi gua rasa nak frust-frust kalau tak layak tu mungkin rasa sikit je pahit nye. Sikitt je woi ! By the way, rezeki tu tak kan lari kemana kalau dah ditetapkan yedak? HAHAHA.

Sekarang ni gua dan yang lain-lain tengah tunggu keputusan akhir samada gua layak atau pun lu orang yang lain layak untuk sambung belajar peringkat degree kat UPSI tu. Dengan bermodalkan doa dan tawakal gua harap hasilnya memuaskan hati gua serta orang lain. Alhamdulillah kalau dapat. Tak dapat gua cube lagi. Tapi kali ni gua cuba dengan se-ekstrim betol. Baru la panel-panel nampak gua berpotensi.Amacam lu orang ada gaya macam gua jugak ke !

Cerita seorang kawan

Gua punya sorang kawan, kawan ni bukan kawan biasa. Tapi dio ni generasi kaki pukul punya orang gua cakap sama lu. Dari pandangan susuk badan yang ideal dan berotot menyebabkan orang persekeliling membuat persepsi yang letop-letop macam pandangan terhadap seorang wrestler la. Disebabkan persepsi orang luar sebegitu rupa gua takleh nak komen lelebih la nanti gua kena semack sedas dua masak gua. Kah kah kah.

Banyak-banyak kawan, dio ni la yang gua selalu salute dengan aksi-aksi nye yang selamba marba tu. Mase zaman remaja muda-muda dulu dio ni memang unik sikit, yela dari sepisis kaki pukul yedak. Hahaha. Bukan unik ape, gua terkaji dan tersentap sejam dua masa kat sekolah dulu sebab dio ni sepisis tapak tangan kuning. Perghh,gua nak cakap dio ni adik beradik maskot DiGi tu pun bole terima akal jugak tapi ini tapak tangan je yang kuning. Ada sesekali dua gua tanya dio apahal tapak tangan lu kuning. Lu korek lubang emas ke malam tadi? Sembang punya sembang baru la dio kasi hal yang sebenar-benarnya. Rupa-rupanya dio ni pencucuh saatayy, tapak tangan kuning disebabkan efek dari berendam tangan dalam air kunyit tuh. Hahaha. Macam serupa hantu cerita dio, tak sangka gua die ni terer dalam bab pemakanan, dari pencucuhan hingga la ke pembakaran. Tak serupa dengan kes sosila tu woi! Lu orang jangan pikir dio ni terer bab hal tu. Memang masak la gua berkawan dengan dio, Hahaha.

Masa demi masa berlalu, umur semakin rancak ke alam  kematangan dewasa menyebabkan dio berubah arah ke jalan yang satu lagi. Yakni jalan kancah penjanaan modal insan lahiriah bagi negara-negara membangun. Dio dah serik kena kitai dengan tomahan-tomahan ideologi pendidikan yang bebas. Jadi dio beralih jalan untuk bekerja sepenuh masa, gua syak dio ni nak menjana pendapatan persendirian bagi menampung kehendak dan kemahuan persendirian mahupun kerabat keluarga tercinta nye tu. Ah, itu citarasa dio, biarkan dio berjalan di atas landasan dio sendiri. Gua ?? Gua rasa gua pun dah nak dapat landasan gua sendiri. Yela , asik memikirkan perihal makwe yang tiada penghujungnya. Alih-alih tak dapat terajang seorang dua makwe. Lebih baik gua memikirkan perihal kewangan ekonomi masa depan bagi melangkah setapak dua kedepan dari lu orang. Hahaha.

Berbalik dari cerita tadi, dio ni memang macam-macam masalah yang dilalui semasa hayat di kandung badan, dari sketsa putus cinta hingga la sketsa putus urat kentut. Pergghh,memang tak semenggah cerita dio ni. Hahaha. Walaupun dio ni seorang yang gagal takpun loser tapi kecekalan dio memang gua tak dapat lawan la. Dio ni memang keras kepala macam batu kerikir, nak jugak berani gagal. Lu orang amacam ? Ada berani gagal tak? Kalau lu orang pun berani gagal gua salute la sama lu orang. Memang ada kekuatan mental dan spiritual la lu orang kalau berani gagal, ada potensi nak jadi generasi kaki pukul. Hahaha. Dio ni memang hantu kerja, takpenah nak kasi gua chance nak menang setapak dari dio. Fuh,kalau bab kerja-kerja ni dio ni memang rajin tak tentu pasal. Mengalahkan orang perempuan buat kerja rumah, memang sepisis robot la boleh gua transkip kan kat sini. Hahaha. Dalam bab kerja la dio handal dari gua, hal lain gua boleh menang dengan mudahnye.

Tapi sekarang, Ye sekarang ! gua tengok dio ni dah mula seriyus dalam pandangan dalam pencarian harta kekayaan bagi menjana kehidupan masa kelak. Bab-bab merosakkan akal dio dah tolak tepi awal-awal. Dio taknak buang masa dan keringat memikirkan hal-hal yang tak masuk akal yang selalu dio buat masa kuku tengah tajam. Sekarang baru la dio nak simpan kuku nye tu, yela dah masuk ke alam seriyus berhidup la katakan. Tak lama lagi bole jadi laki orang yedak ? Hahaha. Disebabkan pemikiran busuk dio macam tu, gua pun serupa nak ikut jejak bebayang dio untuk berpikir dengan seriyusnya tentang kehidupan akan datang. Dah takde perihal pukul-pukul sekarang. Sekarang ni carik duit je untuk buat modal tuk kawin nanti takpun buat aset masa depan. Senang nak pegi melencong ke tempat orang especially kat tanah suci Mekah tu.

By da way, kekuatan dio sebenarnya bukan terletak pada susuk badan nye yang kental tu, bagi gua kekuatan dio ni terletak pada daya keusahaan dan kecekalan dio yang takde batas membuatkan gua rasa dio ni hebat di mata gua tak kesah la dio ni susah ke senang ke. Kalau dah hebat tu hebat la jugak yedak. Jadi gua merasakan ada patut gua rasa hormat dan salute la omputih cakap kat dio ni. Harap dio ni kuat hadapi arus kehidupan yang berduri sembilu ni. Tak menyesal gua kawan sama lu wahai Joreng si tangan kuning ! Hahahah. Jangan cepat angkat parang bro kalau lu ade bace . Tapi ini la hakikatnye. Kah Kah Kah Kah.

p/s : Gambar berader ni tak dapat gua nak post kan sekali sebab gua tak simpan. Nanti kalau gua simpan lu orang cop gua gay. Hahahah. Nanti-nanti gua post kalau gua dapat belutoth gambar dengan dio.

Sepintas lalu

Pepagi subuh yang hening ni memang sejuk nyaman dan tenteram. Frekuensi tekanan agak selow dan tak sehebat flow ketika tengah hari dan senja tuh. Maintan menyegarkan dan membuatkan gua berasa senang hati melayan karenah-karenah sepisis manusia yang agak lain dari yang lain. By the way,sehening pagi ni tak sangka gua TERlayan lagu-lagu berentak kan islamic yang mendalam. Perghh,memang tak caya lu orang kalo gua bercerita tentang perihal ni,betul tak ? kah kah kah.

Sedang-sedang gua melayan sepam dua lagu berirama nasyid ni,tersentap pulak naluri gua yang rakus ni untuk berdiam seketika menghayati kesenian yang mendalam tentang kiasan liriknya. Fuh,memang bole mengalir air mata semangkuk beb gua cakap lu orang. Tetiba naluri keinsafan berlalu seminit dua membuatkan gua nak berlari dari kancah kegelapan gua untuk mencari kecahayaan yang sempurna. Memang betul-betul gua mengasyik layan lentok lagu nih. Diam tak diam gua dah mula menyedari kerugian yang telah gua lakukan. Rupa-rupanya gua berada dalam keadaan yang liar lagi buas ketika hidup sebagai pelayar kehidupan seorang pemuda yang pra-matang yang mencecah umur puluhan. Gua merasakan adakah masih sempat gua untuk meyusuri ke arah jalan yang benar lagi benar. Sejenak jugak la gua memikirkan benda ni. Gua berharap suatu ketika nanti gua dapat merealisasikan kehendak gua ni dengan berusaha serta berdoa lebih. Lagu I'tiraf memang membuka hati gua yang gelap lagi berdaki dengan kata-kata liriknya yang bersih lagi asli.

Perihal ni kalo gua amik seriyus memang gua bole berubah kearah pemutihan semula ni. Gua syak gua bole jadi ustaz lepas ni. Menjadi pendakwah bebas pun bole lepas ni,bagi tazkirah dan ceramah perihal bab agama-agama. Kalo gua amik seriyus jela tentang bab-bab ni. Hendak seribu daya , taknak seribu satu dalih yedak. By da way,gua rasa setiap rahmat-Nye senantiasa akan dikurniakan kepada yang dikehendakiNya,jadi kalo dah berusaha tu tak jadi masalah untuk menikmati anugerahNya. Jadi selagi masih ada hayat dikandung badan, takkan jemu untuk berusaha ke arah pemutihan jiwa dan hati terhadapNya. InsyaAllah .

Kasih Sayang

Musim ke musim perasaan kasih dan sayang sesama insan senantiasa berubah mengikut flow alunan semasa tak kira panas ke, mendung ke, mahupun hujan.Kekadang sifat kasih sayang hanyalah pada bibir manis bersalut ayat leleh sahaja,tak memberi makna dan pengertian pada yang mengerti.Kewujudan perasaan busuk mematahkan ikatan persaudaraan sesama kita tak kira di alam fana ataupun alam maya ni.Kasih sayang mempunyai maksud yang tersendiri dan tersirat walaupun ianya polemik untuk kehidupan bahagia.Tapi yang pasti,kasih sayang ini tidak dapat dibeli walaupun segunung emas perak bercampur darah sekali pun.Gua pun berpikir sebegitu jugak,tapi kalau boleh beli memang semua orang gerenti tak berenti-renti pegi carik harta emas dan perak.Jikalau aje.Dah jangan pikir lelebih,pening kepala lu orang nanti.

Sebenarnya kasih sayang itu ' Titi ',kerana ianya merupakan penghubung antara jiwa dan hati sesama manusia mahupun pada Yang Maha Esa.Kalau takde jalan ataupun penghubung takkan bergerak punya kaki kita yedak.Perjalanan kita mestilah ada haluan dan tujuan yang betul dan muktamad,jika tersemai perhubungan yang jujur lagi ikhlas kompirm kasih sayang itu terjalin.

Kasih sayang itu jugak sebenarnya ' Tali ',sebab ape gua cakap tali?Sebab kasih sayang itulah pengikat hubungan sesama manusia.Kalau wujudnya perasaan kasih sayang kompirm-kompirm korang tak sampai hati nak libas saudara lu orang.Percayalah,kasih sayang ini pengikat kasih antara sesama korang tak kira korang ni baik mahupun jahat.Selagi ada kasih sayang tu,sure tiada pertelingkahan dan peperangan sesama korang.Tali tu kalau dah simpul-simpul lagi payah korang nak huraikan,sebegitu jugak kasih sayang yang disemai,semakin banyak semakin akrab dan kuat perhubungan kasih sayang korang.

Dari kasih itulah timbul simpati sesama korang dan sayang itu melahirkan persaudaraan sesama insan tak kira manis ataupun tawar.Persaudaraan yang akrab melahirkan masyarakat yang kuat pegangan ihsan murni dan bersatu padu memacu kehidupan sejagat yang aman lagi selamat.

Kasih sayang itu salah satu baja,baja yang menyuburkan lagi menyihatkan jiwa dan hati manusia.Tak caya lu orang pegi try.Kalau mengidamkan hasil yang memuaskan takde masalah kalau dah bagi suapan baja yang baik punya gua cakap sama lu.Jadi sama macam kasih sayang ni,kalau curah sebaik-baiknya nescaya hubungan sesama kita takkan goyang walaupun disepak terajang sepoloh doploh orang.Selain itu,kasih sayang ini jugak merupakan penawar bagi seribu dua penyakit duka lara yang menghantui korang selama ini.Gua percaya kasih sayang ni tak hilang selagi masih ada niat yang murni lagi suci dari lubuk hati gua untuk memperoleh hubungan persaudaraan yang aman,akrab,selesa,sopan dan santun.
Bermulalah dari sini .



Gua rasa kasih sesama manusia ni adakala nya bermusim,macam musim-musim yang ada kat malaysia ni,musim buah,musim bola dan musim politik pun ada jugak.Kasih sayang sesama manusia ni tiada abadi dan kekal untuk selamanya.Tapi kasih sayang terhadap Allah tiada batas dan tandingannye.Janji-janji-Nya pasti akan ada dan nyata.Jadi kasih sayang ini besar erti maknanya bagi gua dan sebegitu lu orang.Semailah kasih sayang kepada yang memerlukan dan jangan menunggu masa yang lama untuk menyemainya kerana masa itu emas.Berlarilah dan kejarlah kenikmatan yang dikurniakan Nya untuk mengecapi apa yang terselindung disebalik janji-janji-Nya.Lakukannya ia secepat mungkin sebelum dimamah usia dan masa.  

Dikala umur senja , tatkala cepatnya masa berlalu .

Rentetan lubuk hati yang E-klas lagi berseni dari gua. Ching Ai Ching Ai ~
Kredit to lagu Kasih sayang by Raihan .

Buka mata dan jiwa rakus mu

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat  ,
dari melihat bangsaku dijajah .
Tidak ada yang lebih menyedihkan ,
dari membiarkan bangsaku dihina .


Aku lihat layu dalam melayu
  Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
  Ada juga bercadang bertanya tuan punya
  tapi bercampur risau dengan tak tergamak
  Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
  Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
  Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
  Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
 Aku lihat layu dalam melayu
  Tanah air kita yang punya
  Kita siram, kita baja
  Tapi angin api kita lupa
  Mereka merancang masa menjilat bangsa
  13 harimau bertukar menjadi mangsa
  Kita lupa, nenek moyang kaya raya
  Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
  Kulihat layu dalam melayu
  Kulihat layu dalam melayu
  Kulihat layu dalam melayu
 Takkan melayu hilang di dunia
  Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
  Petah berbahasa kudrat tak berjasa
  Orang berbudi kita hanya tahu merasa
  Selalu lari bila dirapat
  Selalu malu bila soalan diaju
 Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
 Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
 Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
 Kulihat layu dalam melayu
 Kulihat layu dalam melayu
 Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai ,
kerana hanya yang cekal dan tabah ,
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya .


Puitis yang menyentuh predikasi minda dan jiwa gua untuk berfikir sejenak apakah gua bangsa melayu yang mampu mengorak langkah untuk melonjakkan paradigma kewujudan bangsaku yang agung ini ?Hari demi hari memikirkan apakah nasib bangsaku yang agung lagi hebat ini pada masa yang akan datang.Adakah kewujudan mereka dirasai seperti madu didalam air ataupun cuka didalam nasik.Sejarah mengajar kita untuk mengenal masa depan yang lebih cerah dan bermakna.Apakah kita mudah melupakan sejarah yang memberi pengajaran seribu makna?Apakah gua melihat layu dalam melayu?Gua berharap kenyataan ini membuka sejuta rumpun bangsaku untuk bangkit kembali memartabatkan keunggulan bangsa MELAYU yang terselindung pelbagai rahsia ini.Setelah menteliti puitis bermakna ini,gua berharap selangkah kaki gua bergerak boleh memacu keunggulan bangsaku yang penuh nilai keistimewaannya yang tersendiri bagi membuka mata dunia yang rakus ini.Takkan melayu hilang di dunia.InsyaAllah.

Penangan hari raya aidilfitri versi 2010

Sketsa 1

Sedikit sebanyak kemeriahan raya tahun ini tiada tolak tandingnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.Gua merasakan tahun kemuncak ini iaitu era kematangan gua yakni dah berusia 20 tahun la gua cakap sama lu orang.Jangan tak caya plak,nanti susah gua nak terang panjang lebar.Gua merasakan nilai-nilai etika dan peradapan semakin perlu gua belajar agar tidak dipandang serong dan kebudak-budakan.Jadi perubahan dari semasa ke semasa mematangkan pemikiran gua yang dulu hanyalah pemikiran sempit dibawah tempurung.Sekarang baru gua sedari betapa nikmatnya melihat pemandangan dari atas langit.Baru gua tau betapa luasnya bentuk muka bumi ini.Berbalik pada cerita tadi,raya tahun ni membuatkan gua berasa AMAT pentingnya pengisian masa-masa terluang bersama keluarga tercinta ketika berhari raya.(hari-hari biasa pun sama jugak).Tetapi bagi gua,kelebihan ini jarang sama sekali untuk memperolehinya kerana desakan kesibukan menggali harta emas dan perak.Dengan masa yang terluang ini,tanpa membuang masa gua pun mengisikan nya dengan menikmati keasyikan dan keseronokan berhari raya bersama-sama ahli keluarga disamping bermaaf-maafan.Dengan berbekalkan niat yang E class dapat jugakla gua memohon keampunan di hari mulia dari orang tua gua.Bukan dengan itu sahaja,dengan saudara lain pun turut serta malah yang gua tak caya gua dapat duit raya beb!.gua ingat da tua bangka yang mampu mencari harte sendiri macam gua takdapat.Tetapi meleset sama sekali tekaan gua.hehe,yuho0.tanpa membuang keringat gua dengan steady dengan bermuka tebal mengPAU seorang dua pakcik makcik gua.heheh.Rezeki jangan ditolak beb,kutip je semua tuh.Jadi tamak sekejap pun takpe time raya-raya gini.Tak luak duit tuh.hehe.

Gambar sekeluarga di hari raya . kredit to Azhar kerana baik hati mengEDITnya.



Sketsa 2

Kemeriahan raya jugak tak dilupa kepada kengkawan yang berjalan besama semusim usia meningkat dewasa.Tanpa mereka hidup seumpama layang-layang putus talinya.Kenikmatan berhari raya berkongsi sesama rakan membuatkan gua tak kering gusi sambil menjamah santapan hari raya.Gelak tawa dan riang ria menyusuri tanpa memikirkan masalah luar dan dalam peribadi yang selalu menghantui psikologi gua.Macam-macam masalah peribadi yang gua alami,tapi disebabkan mood raya,gua tolak tepi semua masalah tu.raya ni gua ingat nak kasi happening sedikit walaupun tak banyak tapi ada kelainan.Jalinan mesra sesama kengkawan mengeratkan siratulrahim serta memupuk kasih sayang(bukan kasih sayang laki pompuan tu woi!) sesama kawan.Kesinambungan reaksi sesama kawan dapat dirasai dan kemesraan terjalin erat dapat digambarkan melalui khayalan je.Padahal realiti masih sepak terajang, kutuk tikam belakang masih lagi aktif.Cis,gua ingat benda tu takdelah mase raya-raya ni,tapi ada jugak.Memang tak dapat cium bau-bauan duit la korang.Kahkahkah.Gua sebenarnya da pasang niat nak bagi duit raya untuk stok korang menyimpan untuk masa depan.Tapi atas sebab berlaku diskriminasi yang berluas-luasa,takdapat la jawabnye.Tapi itu semua tak penting,yang penting kemesraan dan keeratan perhubungan sesama kita.Susah senang sama-sama merasai,masing-masing punya tanggungjawab dan perwatakan tersendiri.Jadi tak perlu la gua nak cite panjang lebar.Memang bosan kalo duk bersembang bab ni.Anyway,gua rasa berpuas hati dengan kemeriahan hari raya tahun ini kerana secara khususnya gua dapat beraya secara bebas dan logikali yang mendorong gua untuk bergerak atas kaki gua sendiri(ni sebenarnya kiasan sahaja,kalau korang paham memang korang terer la).Gua dapat menilai baik buruk serta mempelajari pengalaman berjumpa,menziarahi sesama manusia yang lebih legend la gua cakap lu,baya-baya gua pun gua anggap legend jugak sebab ilmu dorang tinggi.
Akhir kata,Raya tahun ni memberi gua seribu warna erti kehidupan bermasyarakat serta beradap bagi mengisi pengalaman hidup gua sepanjang gua hidup di muka bumi ini.Gua berharap yang baik serta buruk gua dapat terima seadanya dan memperaktikan yang baik untuk menyusuli dalam kehidupan kontang kanting gua ini.

Sekian dari gua. enjoy your time ! =)

Ini adalah raya pabila kembali dizaman retro.
Kegembiraan berhari raya sesama kengkawan terselah walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain citarasa.

Riuh rendah kapital bandaraya Kolompo

Seminggu sebelum raya gua bercadang memasang niat untuk melayari bahtera ke kolompo.Dengan berbekalkan beratus ringgit dan iman yang cekal tambahan pula dibulan remadan membuatkan gua menjadi dilema untuk pergi ke sana.Nak tak nak je gua pergi tapi diatas desakan hati yang luntur gua berjaya sampai jugak ke kolompo tu.Keadaan yang terik dan memeritkan tak memaksa gua untuk meneguk sepam dua air coke !fuh,syukur iman masih kental.Sebelum ke kapital kolompo tuh gua singgah di bandar bangi tanah ilmu si sapiek belaja.Cis,terpaksa gua pegi jejauh gitu semata-mata untuk menjadi Gps beliau untuk ke kolompo tu,nasib gua handal mengingat selok belok ke kolompo tuh.

Perihal setelah sampai ke bangi telah settle dengan jayanya dan tanpa membuang keringat di bulan remadan ni, kitorang(gua dan sapiek)berangkat terus ke lubuk keseronokan a.k.a kolompo la dengan menaiki 125 hitamnya.Speed habis die pecut,gatal tak gatal la punggung gua melayan getaran di sit belakang.Cis,kebas tak tentu pasal.Nasib dekat je bangi ke kolompo tuh,agak-agak dalam setengah jam jugak la.By the way,Alhamdulillah selamat sampai.Sesudah sampai tanpa berlenggah kan waktu kitorang ke markas 206 yakni tempat perteduhan yang hebat lagi besh la gua cakap lu !

Agak-agak dah nak maghrib berkumandang,tanpa berlenggah serta kelam kabut nya kitorang(gua ,sapiek dan the other yakni 4 orang pelakon tambahan = awie,mus,inul dan farok.tapi farok lambat sikit sebab die pegi makan dulu sebelum maghrib kat stesen hang tuah tu.)pegi ke bazaar remadan mencari juadah santapan berbuka pose.Nasib sempat pegi beli sebelum azan berkumandang,berbuka la di markas tu kitaorang.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,kami pun menjamah santapan tadi.Alhamdullilah kenyang tak kenyang la kitorang dengan rezeki yang dikurniakan Allah.Selesai menyantap kami me-release-kan angin dan tekanan sesudah menyantap dengan duduk seketika melayan karton doreamon sepam dua.

Sesudah Isyak yakni selepas kui 9 malam,kepala kerungsingan melepak dimarkas tanpa berbuat ape-ape menyebabkan hati berkeladak memasang niat untuk ke lubuk keseronokan di tengah kota kapital ni.Dengan kesetujuan yang lain-lain gua pun bergerak ke Bukit Bintang kancah kegelapan dengan yang lain-lain.Kemeriahan suasana kiri kanan gua tak dapat dikatakan sebab memang tak meriah pun(hahahhahaha).Nothing is happening bagi gua,gua lihat hanya biasa-biasa sahaje sebab makwe-makwe kiri kanan semua nya bukan taste gua walaupun ianya taste si sapiek ni(yang seksi-seksi kelembai baju sengkat-sengkat je yang ada).Kegilaan mendatang setelah penat berjalan tanpa satu arah yang membawa kebaikan.Justeru kami merewang hingga ke hujung kegelapan yakni tempat yang dah tutup.Cis,buat gua penat lelah je sampai sini,rupa-rupanya da tutup.gua lambat 3 minit je.tak guna!.

Selesai merewang tanpa arah tujuan,kepulangan ke markas 206 menyusul plak.Dan-dan la stesen ketapi Lrt tuh tutup disebabkan waktu lewat malam.Terpaksa la naik teksi,nasib murah je.Balik-balik je melayan CC sejam dua jap menunggu waktu kesahuran.Sesudah melayan CC , kitorang melepak Mamak india gua cakap lu,layan nasik lemak pepagi memang layan lagi-lagi tambah sambal pedas tak ingat la boleh berak-berak la lepas ni.Sambil melepak sambil ketawa riang ria sambil berdebat ilmiah yang ada.Kan elok kalo ilmu didada dikongsi bersama untuk kelebihan antara satu sama lain.Dari perihal duniawi hingga ke alam agama la berdebat.tak kering gusi gua cakap lu,ada sahaja benda nak diusulkan.Mana yang baik gua amik dan yang kurang berminat gua tolak tepi je.hehe.

Sehingga keesokan harinya yakni puasa ke berapa ntah,gua pun tak mengira.yang gua tau berpuasa aje.Puasa dua bulan pun gua tak kesah,hehe(sembang nak kencang aje).Siang tu kitorang pergi menjelajah kolompo mencari pakaian dan barangan untuk beraya ni.Yela gua pun nak bergaya dan hensom cam lu orang jugak.Selak punya selak sampai 4 jam jugak la membeli belah,akhirnya dapat jugak benda yang diidamkan.By the way,gua suke beli yang 2nd hand punya sebab da nampak lusuh dan ranggi.Ranggi tu simple dan mudah tetapi bergaya dan yang penting menutup aurat gua.hehe.

Akhirnya,gua malas da nak becerita panjang lebar lagi,gua ingat nak menutup cerita karot ni dengan penutup yang sadis-sadis.Semasa pulang ke halaman gua yakni tanjung malim la.Semasa perjalanan satu musibah melanda gua puncenye motor racing 125 sapiek kehabisan minyak.Cis,kena menapak sambil menolak motor racingnya sejauh 5 kilo meter je.Lepas tu nasib ada INSAN yang baik menolong kitorang bawak naik die punya 4WD nye.Selamat,kalo idak menapak 16 kilo la jawabnye.hehe.Anyway sebelum meneruskan perjalanan,check up kenderaan anda agak perjalanan selesa dan senang.
Gua memang tak puas ati sebab azan maghrib berkumandang semasa gua menapak.Cis!berbuka pukul 8.hahha.anyway Alhamdullilah sempat gua sedeguk dua air untuk berbuka.=)

Sekian dari pengalaman dibulan puasa yang dirahmati ALLAH.

take a rest

kemeriahan bulan remdan ni jangan ditinggalkan,kalau tak rugi beb.
sempena dengan kenikmatan bulan remdan yang mulia ni.gua ingat nak berehat dari mengUPTODATEkan
blog gua.gua ingat nak beramal seketika disamping menikmati dentuman-dentuman tazkirah sepanjang bulan remdan al mubarak ni.jadi nantikan update yang seterusnya dimasa-masa akan datang.umur gua panjang akan gua panjangkan crita karut marut gua ni untuk santapan umum.sekian dari gua.

selamat berpuasa dan selamat menyambut kelahiran syawal tak lama lagi.


anyway bergembiralah dan bergaya selalu. =)

cerita ketika puasa

hari-hari hujan.dah dekat seminggu la rahmat Ilahi turun ditempat gua.
gua rasa amat bersyukur tak terhingga disebabkan kurniaan Ilahi ini.
gua rasa puasa bagi tahun ni agak selesa dan tidak la panas-panas hati jer.
hujan turun kiri kanan menyebabkan gua susah nak gerak sana-sini.
tapi alang-alang dah hujan turun lebat,gua rembat bantal sebijik dua
dengan set tilam sakali untuk menjamak tidor gua.agak-agak da nak masuk
maghrib tuh gua bangun,membersihkan diri.yela kalau nak berhadapan dengan makanan
kena bersih sikit.kalau tak boleh dapat cirit-birit kot.tapi bile hari dah panas balik
gua baru terkial-kial mengutip duit dan pahla tuh.hehehe.anyway nak mencarik
ni bukan la susah,asalkan usaha ada nescaya berhasillah cita dan cinta yang dikejar.
Eh!cinta ?apahal pulak.Tapi kalau cinta pada yang Esa tu memang tak dapat disahihkan lagi la.
hehehe.=)

Hancurnya kepala dek melayan ternet selaju ini

" Bayar la woi kalau nak laju lagi ! " kedengaran kata-kata hikmat dari renjer-renjer hantu pailang tu.gua dengan niat suci murni lagi bersih hendak menunaikan
propaganda berganda tersebut bagi me'modifight'kan kelajuan maksimun
berokband gua ni.Agak-agak dalam seminggu dua jugak la gua menunggu berapa
lama la ternet gua ni boleh berubah kelajuannye dari 10km/j ke 160km/j ni.
duit habis membayar yuran langganan.hasilnya tak dapat-dapat jugak.
rasa macam nak sepak terajang meja makan ni pon ada.arghh.
buat sakit hati dan perasaan betul la ternet ni .agak-agak la nak merajuk
pun.tunggu la raya nanti nak merajuk sebab gua takkan bayar untuk bulan
raya-raya ni.habis duit dok sedekah bagi saudara mara ,anak buah dan jiran
tetangga yang datang beraya dirumah.bagi memuaskan kepuasan gua melayari ternet
dengan selesa lagi nyaman tenteram,gua on9 tengah-tengah pagi je.laju tak laju jugak la.
kekadang macam siput jugak.sempat makan berak lagi gua.loading still tetap tak abis .
macam haram !buat gua bengang je. nanti bile gua da masuk pusat pengajian gua ingat
nak pakai serbis streamyx yang laju maju tu.hakikatnya kelajuan tu membunuh
sebenarnya. jadi nak laju laju nak watpe yedak.usha porno sedap la .lembap-lembap
ternet ni pon skali sekala ada jugak la manfaatnye.dapat jugak la gua mengawal
tahap kesabaran gua ni.lagi-lagi di bulan pose ni.agak-agak gua da
tak tahan,gua sebat coke sebotol.heehehehhe.



p/s :Rajin-rajinla mencari pahala dibulan pose ni .banyak dikurniakan Ilahi.
      jangan melepas pula .uhuhuhuh.gua sebat dulu la nampak nye .

OT oh OT

Bulan yang penuh keberkatan ni gua merasakan cabaran dan dugaan
yang datang melanda semakin membukit.Datang kepada gua seumpama
air yang mengalir.Lepas satu,satu lagi yang menunggu giliran.Hakikatnye
dalam kehidupan ni tak sah kalau takde cabaran dan hiburan.Eh,hiburan?
hurm.boleh la kot.Bulan pose ni gua terpaksa mengambil kerja lebih masa
atau ot bagi mendapatkan lebihan duit dan pahala.kut iye buat baik dapat la
pahala tu yedak.gua harap mase ni dapat la gua di anugerahkan Ilahi kekuatan
dan ketabahan merangkak melawan arus nafsu-nafsu saitan ni rojim ini.walaupun
saitan dipenjarakan akibat kesalahan salah laku ,remote kontrolnye tetap aktif.cheh.
gua harap dari masa ke semasa gua dapat mengkompletekan misi bos bagi mengutip
duit lebih-lebih stok laburan untuk hari raya nanti.yela,raya mestila bergaya dan gembira.
tak gitu pakcik kordi ?kehkehkeh.

kuala lumpur cibai-cibai

Sabtu lepas gua pergi ke kolompo semata-mata
nak pegi ke pc fair je .habis gua memikirkan alasan
demi alasan untuk amik mc dari bekerja.akhirnya
dengan lidah pekat disaluti mulut manis
berkata-kata sampai tak tahan bos mendengar lalu
menghalalkan mc gua.dengan sepantas siput gua
mengemas beg duit serta beg perjalanan gua untuk
berangkat ke kolompo tuh .padahal besok nak gerak
malam-malam da gelabah setting-setting item.
cheh.macam nak gerak ke oversea pulak .yela da
lama gua tak pegi ke tempat gelap tuh.rasa terkilan pun
ada.mana idaknya mata gua tak tutup la masa bejalan-jalan
tengah mall.fuhh,nikmatnya terasa seumpama berada dalam surga
dipenuhi makwe-makwe seksi meksi siut.

Sesampai je gua kat kolompo tu terus gua halo-halo
mamat kolompo tu.yela nak pegi jalan-jalan sana tuh gua
bukan nye reti sangat.kalau pegi ke venice tu gua tau la
selok belok jalan nye .ni kolompo.mana la idak gua nak
ingat.hehehhee.agak-agak dalam waktu maghrib time
orang nak semayang dan-dan la gua baru nak start melangkah ke
destinasi bangunan suci.gua ingat mesjid bercahaya lampu
lampu tuh ,rupanya klcc(gua panggil kuala lumpur cibai-cibai).
tempat suci bagi paganisme yedak.sampai-sampai gua lintang pukang
lari mencilok kiri kanan komplek tersebut.yela awek ramai kot.
sume taknak mengalah,nak separa bogel je .menganggu pemerhatian laki
laki untuk fokus bejalan dengan konfidennye gaya macho nye .
cheh pundek la .ada bini anak dan cucu pon masih nak pandang-pandang lagi ke?
macam haram.dah lupakan jela crita karut -marut tuh .
sesudah je lepas maghrib,gua meneruskan pejalanan tanpa bersolat.jahat sungguh
peranan gua ni.takpe-takpe balik tu gua qada solat la beb .lu orang pe taw.
sesampai je pc fair tuh .merambang biji mata gua melihat jualan-jualan
yang agak murah tu.yela mana lagi nak dapat item murah-murah macam ni.
nak tunggu sepoloh tahun baru harga down.mata gua jugak tak kedip-kedip
semasa mengusha gadis-gadis promoter .fuhh,seksi dol .meleleh air liur
pakcik kordi yang belalu disebelah gua.agak besar jugak la tempat karnibal tu
sampai tersesat-sesat la gua kat situ ,nasib gua pandai .dapat juga cari jalan
keluar.habis masa dan duit gua merayap-rayap kat situ menyebabkan otak gua
meng'alert'kan gua supaya berambus dengan segera agar ketidakmentalan gua
aktif.yela gua ni ada masalah wayering mental sikit bila keadaan darurat.masa kering
kontang poket gua boleh dianggap sebagai darurat ma .hahaha.ah lu orang pun
sama la yedak.setelah puas meronda-ronda kediaman saitan tuh keinginan gua untuk balik
makan makin memuncak .habis gua maki-hamun penyamun tengah jalan tuh.yela orang nak lalu
bagi la laluan.ini idak masih nak becomolot .macam setan .

Akhirnya sampai jugak dirumah yang indah ibarat surga dunia.tempat stok tido
je tuh.gua rasa komperm lena diulit intan la kalau stay kat tempat ni .
Fuhh..nikmatnye tiada tandingan.selesa,nyaman,bergaya dan komfertabal.
gua pun menikmati malam-malam tanpa riuh rendah suara ayam-ayam bekokok
disiang hari.keesokan harinya gua sempat menyimpang ke stor mph .dapat la gua
membeli dua majalah hiburan hati yang dapat mengisi kekosongan ilmu di akal pikiran
gua ni.gua pun nak jadi insan yang berilmu juga.kang orang cakap duduk bawah tempurung
pulak.lebih baik gua duduk atas langit .dapat lihat-lihat dunia dengan jelas sikit.
tak sangka gua akhirnya membelanjakan modal-modal untuk kawin gua atas pembelian
buku-buku ilmiah ni.gua ingat mas kawin nanti gua bermodalkan ayat-ayat power tangkap leleh
jela nanti.buang duit jalan jauh-jauh ni kadang-kadang membawa makna yang besar dan tersendiri juga.
takde pengistilahan rugi dan mengarut bagi perbuatan ini .hanya tersurat dan tersirat je yang tersimpul .
ni la tempat penjelajahan gua untuk kali ni.

Ramadhan al-mubarak

Terdetik kegembiraan hati gua tiba-tiba membuak-buak
didada akibat kedengaran pengumuman berpuasa pada esok hari.
Eh,macam tak percaya je gua boleh rasa gembira.
mungkin ini satu anjakan paradigma untuk tahun ini setelah gua
menanam segenggam cita dan harapan untuk berubah dari keroh ke yang jernih.
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala.
jadi gua ingat mencari adalah lebih baik dari membiar.
gua nak mencari apa yang kurang,jikalau duit gua kurang,gua
ingat nak bekerja keras mempulas tulang empat ribu kerat 
ni untuk mencari duit poket.kalau pahala pulak yang bekurang
gua ingat nak mencarinye demi untuk masa depan di akhirat nanti .
yelah,benda yang bekurang mestilah nak di 'top up' jugak.kalau 
kosong je jiwa pon boleh jadi kacau,tu pasal jadi jiwa kacau.


Jadi sempena bulan yang mulia dan diberkati Ilahi .
gua mengucapkan selamat menjalankan ibadat puasa 
di bulan ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini.
Peliharalah mata,hidung,mulut,telinga,jari-jemari,kaki dan tangan 
serta minda agar terhindar daripada perbuatan maksiat yang boleh
membatalkan puasa .Insan yang cemerlang datang dari akal dengan 
hati yang bersih serta jiwa yang mantap ye. jadi renung-renungkan la 
dan selamat beramal .ayat dr fadzilah kamtumi .hehhee

Dari tanjung malim hinggalah ke teluk nipah part 1

hari tu gua dapat berita tentang percutian ke pangkor di offerkan kepada gua .fuhhh,,gugur bulu ketiak mendengar kerna gua tak sangka-sangka si renjer imi tu mengusulkan perancangan untuk melancong ke sana .hahahaha,tidak ku sangka-sangkakan terlintas dipemikiran beliau untuk ke sana .ingatkan suka duduk dalam tempurung je,tapi ada juga niat nak kuar dari tempurung kepala tu.hahahhaha.
setelah sekian lama menunggu,akhirnya hari yang di war-war yakni 6 jun tak silap gua la kan telah tiba.hahhahaa.event ni bukan gua sorang je yang join,rupanya ada ramai lagi yang join.kesemuanya 9 orang renjer termasuk gua.ahahah.si renjer imi tu bajet boleh pegi dalam 30 orang tapi yang mampu pegi hanyalah 9 orang saje yakni geng-geng renjer iaitu gua,imi,nazri,sapik,mus,nazmi.eput,awie dan amin .watak-watak ni lain hari,lain waktu,lain arus gua cerita kat lu orang.berbalik kepada cerita karut marut ke pangkor tu .hehehe.dengan hanya berbekalkan beg pakaian dan ratusan ringgit kitorang meneruskan perjalanan ke pangkor tuh .fuhh.agak mencabar kesabaran dan kementalan gua ni .mana idak nye ,agak-agak dalam dekat 10jam la nak sampai ke destinasi yang di inginkan.fuhh,berair bontot duduk menunggu.hahahahah.yang gua tak bleh bla masa dalam bas pegi ke lumut tuh .macam cibai je .dala dapat duduk kat belakang ,gua ingat boleh la duduk dengan selesa walaupun sesak sampai renjer-renjer yang lain tak dapat duduk.hampeh ,gua tak dapat merasa ekond bas sesak tuh .macam gua tak bayar je .yang gua tak puas ati mamat duk sebelah gua .main selamba je relek duduk .mana tak nye ekond atas kepala .cibai je sistem ekond bas tuh ,pegi la uptograde skit .duit hari-hari masuk.hurm.keperitan,kehampaan,kekejaman akhirnya berakhir jua setibanye di lumut .Fuhhh..hebat lagi kool suasana di port sana,macam tak pecaya je gua boleh terkaji melihat keharmonian disana tuh.hahahah.
tanpa membuang masa dan tenaga kitorang pon bergerak untuk ke pulau tersebut nek feri gua cakap lu.hahahhaa.1st time kot.hahaha,nak wat camner dulu takde duit nak pegi melancong.hahhahah.masa ada duit la gua pegi merantau sakan ke tempat orang.bukan ape,cuma nak menambah ilmu je yela bak kata pepatah orang melayu "jauh perjalanan luas pandangan".hehehee.berbalik pada cerita,setelah membooking tiket,kitorang pon belepas dari balapan menunggu giliran untuk masuk ke dalam feri tersebut.maka berangkat la kitorang ke pulau tersebut.dikatakan pulau tersebut penuh dengan keindahan alam semula jadi,yela makwe-makwe pulau HOT yang gua bayangkan.fuhh,siap senyum berak gua cakap.pergghh,duduk sembang sepam dua memang rancak melayan makwe-makwe pulau ni(dalam hati yang busuk bekata-kata).hehhee.maka bersembang kencang lagi pancang la didalam feri tu kami bersembilan sehinggalah tibanye di pulau tuh.nantikan cerita-cerita kencang lagi karut gua pada episod yang akan datang.hahahahah.
ni mase kat terminal jeti kat lumut.ada gaya tak ?kahkahkah
dari kiri:awie,imi,nazri,gua,sapik,nazmi,mus dan amin.
tiada dalam gamba ipot kerna sibuk mgambil gamba.

musim menikmati sajian irama kesaitanan,kemetalan,kebesian,keharmonian dan kesentimentalan Avenged seVenfold

keasyikan gua mendengar dan melayan lagu-lagu sevenfold ni
membuatkan gua menambah aktiviti mingguan gua dengan menikmati
alunan-alunan musik era kesaitanan ini .semingguan ini gua hanya melayan lagu
metal ini sahaja .bagi memenuhi syarat mingguan,gua da buat research tentang band
pengaruh kesaitanan ni .kehkehkeh.tak banyak tapi gua tau jugak la .
Album baru telah release di pasaran yakni 'Nightmare'.
semua kandungan didalamnya a.k.a lagunya la,dituju khas kepada pengetuk
tong dram beliau yang mati akibat ajal sudah mari .huhuhuhh.
disebabkan drummernye da mati.ditukar ganti dengan seorang mamat mana ntah(si mike portnoy)
muncul menonjolkan bakat dalam album ni dengan bakat yang ada.(boleh tahan jugak la skil
dia mengetuk tong-tong dram tu) tapi tak setangkas the rev.
by the way gua da menyantap semua lagu-lagunya.agak-agak boleh tahan la
lagunya walaupun agak sentimental sikit.biasalah nak tujukan pada si mati.
gua paling layan solo lagu 'danger line'.starting memang la macam
haram sikit ,tapi setelah gua dengar solonya.mak ai,fuhh,memang hebat
sentuhan si pagar sinester tuh.keunggulan vokal si mat bayang tu pun tak kurang hebatnya.
suare taknak mengalah,nak menjerit memekak aje.ish3.tapi lagu-lagu yang lain lu org dengar la sendiri dan ulas-ulas la sendiri .hati orang sape nak tau apa yang disuka yedak?
by da way.minggu A7X ni memang membuatkan gua nak pegi kolompo
je gara-gara nak membeli album originel.hekhehek,farknatik punye pasal la
orang cakap .nak support mestila beli yang original yedak .tapi gua da dunload secara illegal .
kahkahkah..nak buat macam mana da lagu ada unsur-unsur kesaitanan ,maka pengaruh sifat-sifat
kesaitanan pon ada jugak.kehkehkeh.


by da way , sedikit sebanyak gua boleh inform kat korang main tittle dan tajuk-tajuk lagu yang ada kat album terbaru mereka bertajuk Nightmare .






   NIGHTMARE
  1. Nightmare
  2. Welcome to the family
  3. Danger line
  4. Buried alive
  5. Natural born killer
  6. So far away 
  7. God hates us
  8. Victim
  9. Tonight the world dies
  10. Fiction
  11. Save me







































Sajian permulaan

setelah hampir kian setengah tahun belajar dan diajar cara-cara melahirkan blog sendiri
akhirnya telah khatam gua mempelajarinya .Dah graduate da gua woi!kehkehkeh.
nantikan cerita gebang kencang hancang dan pancang dari gua
dimusim akan datang woi !