Cerita dah basi

Salam to you all. hehe,ok geng dah lama tak menulis di blog ni, sebab ape ? sebab dah lama sangat santap makanan tak berkhasiat sampai lupa nak up to date cerita cerita tak berapa nak ceria kat blog ni. ; )
ok sekarang tak nak cerita lebih lebih nanti muak nak baca sebab jalan cerita sama je macam yang ada kat blog blog lain. huumm,orait , semalam ( dah berbulan bulan dah ) saya baru register nama kat satu web yang menggunakan sign merpati,merpati kot kalau tak silap.hmm,ya ! rasanya merpati, ape ?! kamu rasa ikon burung lain ? hmm,takpe la,ikut selera kamu la. Ok,jangan main main lagi,kamu semua tau twitter kan ? mesti la tau,tipu la kalau tak tau,ok sekarang saya dah ada akaun twitter, twitter ni orang cakap macam luahan perasaan hati ataupun suara hati walaupun hati takde mulut nak bersuara. ; ). So ,ape yang saya post kat twitter tu hanyalah mainan jiwa lara,tak amik serius pun. ; )

ok,takat sini saja,ni link sampah untuk ke page merpati saya. so enjoy the page. ; )





p/s : korang tau tak smiley tu penting dalam sesuatu perkara sebab ianya datang dari hati yang ikhlas. ; )
****Eh,mana ada rupa merpati,bodo sial,burung tu serupa burung punai la gila. hahhaha. merpati abah kau,hahhaa****

Macam ni cara nye ,







Orait,sekarang kau boleh tengok dari atas ke bawah macam mane nak donload sebuah cerita dari link bangang ni,kalau tak paham lagi,nanti kau jumpa aku.deal.
Harap lepas ni kau bole enjoy dengan donload lebih banyak cerita walaupun bukan pilihan hati,
tapi takpe,cerita pun banyak,tak kurang hebatnye,gambar pun puas hati. Kalo TS tu gamba wayang, tengok-tengok la title die dulu yer. Ok,selamat mencuba dan berjaya. InsyaAllah. peace. ;)

Profession 1

Ok,kali ni nak cerita panjang pun korang takkan faham dan taknak faham. By the way,sekarang aku dah mula berkecimpung dalam industri penjualan aset bagi mem-backkap masa emergency dan masa depan korang, tak dekat korang mungkin waris-waris korang. Sebenarnye bukan penjualan tapi  PENYIMPANAN, ok ! "alert" kat sini yer. Ok,buat masa ni aku tengah "praktikal" dalam pengurusan khidmat kewangan kat Singa Berdiri. Kat sini aku belajar macam mane nak tunjukkan jalan penyimpanan yang memberi benefit kepada penyimpan. Jadi tak banyak sangat yang aku dapat sebab tak banyak kelas yang aku pegi, lagi satu aku pun baru setapak merasa profesion ni,jadi tak banyak skill yang ada. Tapi takpe kat Singa Berdiri ada LIVERPOOL " You'll never walk alone ", kat sini tak payah risau bile aku DOWN,sebab ada ramai yang akan sapot dari belakang, bukan cucuh belakang woi !, HAHA. Sekarang tak sure yang aku bole buat sale ni,eh sale pulak, servis ni ke tak. Sebab dalam bidang ni kena ada keberanian dan kental-kental. HAHA.bodo-bodo,kental tu ape ? haha. Tapi takpe ,sekarang cuma kena buat bukan cuba. Cuba tu perspektif khayalan yang takkan buat(tak paham takpe,skip je)HAHA. Lebih baik buat kan. Aim sekarang cume nak carik prospek(objek) untuk cari experience dalam komunikasi. Seyal susah doh. Ok, aku buat.

Hal ini membuatkan aku kena bukak buku kehidupan yang baru untuk menampakkan persepsi orang terhadap aku sebagai seorang yang profesional dalam bidang ni,pehhh baku-baku,ayat baku serupa gadap. HAHA. Nasib tak bole nak mentioned orangnye kat sini. HAHA, ONDEKKK AWAKKK !  Nampaknye sekarang kena start membizi kan diri dengan cara NOKIA bekerja. Yess,"Connecting people" ,so, nak tak nak kena search orang nak buat kontek,jadi korang semua jangan hairan pulak lepas ni aku jadi peramah dan pemurah pulak,sebab tu kan dah memang azali lagi sifat aku. KEH KEH kEH. :)))))
Ok,macam ni la,kalo nak lebih info dan benefit,apa kata korang carik kerja dulu dan punyai income yang tetap,seyal la baku lagi.HAHA. Boleh la aku explain kan lagi APA KENAPA MENGAPA harus ada aku sebagai penasihat kewangan korang. Tak aku,nak harapkan sape lagi kan ? Aku kan selaku penasihat kewangan bagi SINGA BERDIRI;)))) HEHEHEHE.
Ok,sampai sini. well, peace, salam. RAWRRRR ~


LIFE IS GREAT.
Amacam ganas tak ?

Ini la mulanya

Hari berganti hari , siang bertukar malam dan panas menjadi sejuk. Pehh, rasa macam tak seberape indah permulaan entrie ni.Memang Lame betul. Ahh,pedulikan, sekarang rasanye dah lama tak meng-update-kan blog tempat penyimpanan dendam sementara ni. Ok, kali ni nak lepas dendam sangat pun tak bole jugak, rasa macam tak berape manis je bile di baca orang. Uhmm, aku rasa dah lama aku tido untuk mengurangkan tekanan dan feel kenikmatan hidup dikala kebebasan tanpa hala tujuan yang pure. Sudah lama jugak menggeliatkan badan di perkarangan kebuntuan hidup yang kurang bermoral. Oowhhh, tidak-tidak, rasanye tu cuma fantasi mainan fikiran aku yang bercelaru semenjak dua menjak ni. Aku rasa macam biasa je, macam orang normal, macam kau orang jugak la. Yes, sekarang aku still sehat bertenaga serta bertambah taff, well, nak hidup mestilah sehat yedak? Rambut pun semakin memanjang dan tak kemas, hahaha. Well, itu la dinamakan kebebasan, mesti kena rasa kebebasan tu, baru ada spirit, Yeah !

 Sekarang ni aku still tak keje dan masih menghabiskan masa dengan degree dalam penghasilan air minuman serta pembersihan peralatan makan, tapi dalam usaha penghasilan makanan jugak dalam pemprosesan(belum lagi mula) Cewahhhhh, sembang amik degree macam haram je, sebenarnya still tolong parent aku, backup keje diorang, ringankan tugas-tugas yang ada kat kedai makan LAN TOM YAM tu ! hahaha, saje je bold kan nama kedai tu. Sebab kedai tu la kedai yang pailang kat area situ, tak caya,korang datang sendiri. Memang tak kan puas hati punya, kenape? ahhh, itu sendiri-sendiri punya emosi dan interaksi kau orang je. Interaksi? huh?! apehal ke interaksi? Aku rasa, aku pun tak tau. ahhhhhh mengarut lebih.

Dan lagi mengarut, aku rasa penglibatan aku kearah pendidikan ke tahap yang ideal dan lagi berkarisma iaitu ke arah degree mahupun master takpun phd pun bole, rasanye tak tercapai lagi buat masa ni. Buat masa ni je. Lain masa mungkin ada yedak, just tunggu. Aku yakin ada ! mesti ada punya woi ! hehehehe. Cuma sekarang ni terpaksa remake balik struktur rancangan yang bole mendatangkan faedah yang.....yang.... ahhh nak cakap pun susah, takpe rasanya mungkin yang baik takpun lebih baik. =) hehehehe. 

Ok,rasanye takat sini pun takpe, nak cerita panjang-panjang next entrie pun bole kan. Well,nanti aku cerita lagi. =))

Baru,baru dan baru


 Hari ni dah masuk ke tahun baru 2011. Tahun baru untuk omputih tapi bagi orang islam dah berlalu beberapa minggu yang lalu. Bagi aku, eh, nak pakai kata nama aku la pulak. Well,dah masuk ke tahun baru kan, ni citarasa aku bagi 2011. Berubah kepada yang lain, yang lebih relevan dan versetail. Versetail ? kah kah kah. Hampeh. Aku lihat tahun baru ni akan banyak perancang jangka masa panjang yang akan di rancang, nak dapat kehidupan yang lebih selesa kan, jadi kena la rancang dulu. Banyak perancangan difikirkan tapi kalau nak sembang kat sini memang tak kan habis nak cakap, semuanya bunyi macam harapan. Harapan dalam mainan mimpi di siang dan malam hari. Fact, semua perancangan tak selalunye terjadi, kita kan hanya manusia kecil yang hanya mampu merancang dan Yang Maha Kuasa sahaja yang menentukan. Just accept it =). Aku terima dan cekal ape yang berlaku pada tahun 2010 dan menerima kegagalan dan kejayaan dengan rasa bertimbang rasa. Tak mudah untuk menghadapi liku-liku kegagalan dalam kehidupan, lagi-lagi semasa keadaan darurat. Hanya tuhan sahaja yang memahami kerana DIA Maha Memahami dan Maha Mengetahui. Secara teknikalnya, aku bersyukur kerana berani menghadapi realiti yang tak seberapa nak manis dan masih cuba untuk menjadi lebih berani. Berani untuk berhadapan dengan kegagalan dan realiti kehidupan alam ini. Aku harap punya masa dan rezeki yang lebih elok dimasa yang akan datang, InsyaAllah.

Tahun ini aku harap aku dapat mengubah diri aku yang tak berape nak elok ni ke arah yang lebih elok sikit.
Jika aku tak buat sekarang, mungkin esok lusa aku tak kan dapat mengubah diri aku sendiri. Realitinya sememangye sebegini rupa, selagi tak gerak selagi tu la ko akan sangkut pada takuk yang lama. Tak kan nak tunggu sampai kucing bertanduk dua baru nak bergerak yedak ? hehehe. Aku letak gambar matahari sebagai tanda kebangkitan aku sebab orang akan mula bangkit ketika matahari muncul memancar dan takkan bangkit ketika bulan muncul(orang dah tidur yedak?). Hanya orang-orang gelap sahaja muncul ketika saat bulan berkeliaran di ruang angkasa raya.

By the way, sebenarnya baru hari ni aku nak meng-Update-kan blog aku yang sekian lama menyepi tanpa cerita-cerita karut. Well,tahun baru mesti ada cerita baru yedak ? Keh Keh Keh. Masih banyak lagi cerita yang belum sempat aku postkan(sebenarnye tak tulis lagi pun). Sepanjang disember lalu yang penuh dengan rahmat Ilahi banyak perkara yang aku pelajari. Harap dapat di kongsi kan dalam blog santap menyantap ni
pada post yang akan datang.