Damn !


Damn ! takdapat lagi. Berkurun jugak gua tunggu saat ni tapi akhirnye men-suka cita kan jiwa gua. Cis,alih-alih tidak berjaya. Memang takde harapan nak buat degree la gamaknye. Ondekk, hilang selera gua nak makan asyik usha mende ni. Memang takde mase depan betul. DANGGGGGGGGG....
Gua syak harapan gua nak hidup selesa mungkin kat alam pekerjaan la gamaknye. Ahhh,rasa macam tak berapa nak besh je masuk saluran orang yang bekerjaya ni. Pemikiran yang tertumpu. Tak bebas dan tak freestyle. Damn ! untuk sekali lagi. Gua harap dapat terima kenyataan ni dengan perasaan yang luruh gembiranya sambil bersenyum ikhlas. Di sebalik kegembiraan yang bersenyuman ikhlas ada kehampaan tercalit sekali. Ohh,,damnnnnn ! untuk kali terakhir. =)))))

Shisha

 
Dulu gua tengok benda ni stok untuk manusia-manusia yang isap dadah tahap dewa punya. Tapi lepas selidik + ideologi kawan-kawan, baru la gua tau ape kebenda nye balang-balang ini. Benda ni sebenarnye macam rokok je  tapi benda ni takde nikotin(hal yang menjahanamkan organ badan) cume ada arang, perisa dan air sejuk rasanye la tapi kat bahgian bawah balang tu nampak macam ada air yang berkondensisasi(betul ke eja). Sebenarnya nak ulas panjang-panjang pun gua bukannye tau sangat pasal benda ni. Tapi kalo menghisap mungkin tererr sedut sepam dua. 

Masa mula-mula agak musykil benda haremm ni tapi atas desakan setan-setan,gua try perasa sepam dua. Dorang cakap benda ni tak sama rasa macam rokok sebab rokok bole menyebabkan ketagihan melampau. Gua dengan iye nye percayakan jela. Perghh dari awal bau-bauan menatang ni sememangnye harum semerbak. Macam-macam bau la, ada perisa la kata kan. Perisa anggur,oren,setawberi,mint,pisang,jagung,durian,manggis,laici,epal dan macam-macam lagi la(ntah betul ke idak). Tapi yang gua sedap nak bau selalu bau perisa setawberi. Perghh..harum, wangi, smooth plak tu. Hmmm...nak rasa sikit. HAHA. Gara-gara keberanian serta kerakusan nak merasa, akhirnya gua berjaya sedut sepam dua. Sangkut-sangkut paru-paru gua,sesak kekurangan oksigan. Yela gua mane penah menghisap benda ni. Lagi-lagi benda ni lagi hardcore dari rokok batang, nampak besar balang nye tu yang nampak lebih hardcore tu. Asap pun bukan calang-calang tebalnye, kalah rokok batang. Serupa duduk dalam kabus awan bile melepak bersama shisha sebalang. Sebalang ? hahha. Rokok kotak panggil sebatang tapi shisha sebalang. Eh, sebalang ke sebotol ? hmm, gua rasa mana-mana pun boleh. Ikut citarasa masing-masing. 

By the way, benda ni ura-ura dari mulut members gua cakap benda ni selamat dan tak sumbang penyakit keronik. Jadi tak salah kalo lu orang nak merasa sepam dua. Ura-ura jela, gua pun tak tau betul ke idak. Nampak gaye lu orang kalo nak mencuba kena ada pemantauan dari yang lebih ber-ekseperian. HAHA. Nak jage hal ehwal kesihatan yedak. Takut ada-ada yang sesak napas dan tak tahan lemas dalam asap tebal. JENG JENG JENG....

Muvie dari seberang

Sebenarnya gua baru je tengok cerita ni, agak-agak bulan lepas gua dapat file muvie ni. Padahal cerita ni gua rasa tahun lepas dah keluar. Rasenye la. Tapi memang dah lama da cerita ni. Dari mula sampai la habis gua tengok cerita ni. Sampai dua ke tiga kali gua repeat tengok cerita ni. Memang hebat + versetail jalan penceritaan nye. Tapi penceritaan muvie ni agak lembap + bosan tapi cerita ni banyak membawa maksud yang tersendiri. Jalan cerita yang cukup menarik bagi gua walaupun cerita ni bukan cerita aksi + thriller. Gua rasa bole bagi 4 bintang daripada 6. Maknanye 4/6 la jawabnye.

Walaupun cerita ni tak sehebat cerita aksi sepider man atau pun suparman, gua rasa cerita ni memang besh dan layak di tonton rakyat malaysia. Tak rugi kalo lu orang pun sama tengok cerita ni. Banyak pengajaran yang dapat dari muvie ni. Gua rase semua isi-isi nye bole diterima akal dan di peraktik kan dalam kehidupan. Very well, gua rasa puas hati la tengok cerita ni. Gua rasa sanggup beli dvd original semata-mata nak support cerita sebegini rupa. HAHAHA. Gua harap cerita kat malaysia pun bole jadi setaraf macam cerita dari seberang walaupun cerita dari seberang nampak macam tak fames sebab publisiti tak banyak. Tapi yang penting sekali 'support our local scene'. Gamaknye.

Walaupun kecik-kecik tapi bakat besar beb.

You Pee As I

Baru-baru ni gua dapat tau yang gua diterima untuk menjalani ujian sesi interbie bagi  memasuki pusat pengajian tinggi. Selepas dapat je berita tu, gua rasa macam nak tak nak je pegi, yola macam takde potensi langsung gua nak jadi cikgu. Bukan takde, memang takde pun. Gua saje je hari tu isi-isi pemohonan kemasukan tu, alih-alih tak sangka gua terpilih. Pergh,macam tak percaya je gua takde rasa bangga dengan pencapaian ni. Memang tak reti bersyukur betol. Memang padan muke la gua ni kalau tak dapat sambung belajar kat mana-mana. HUHUHU. Memang gua tak pandang seriyus pun benda ni, tapi kena pegi jugak la interbie ni. Mana tau kalau dapat mungkin rezeki gua untuk tahun ni. HEHEHE. Tak salah nak mencuba nasib tapi gua tak letak harapan yang tinggi pada keputusannya, nanti tak dapat sambung frust menonggeng la jawabnya. HAHAHA.

Ok, gua bercerita perihal hari interbie tu pulak. Sebelum interbie kena buat ujian personaliti dulu. Ujian personaliti?? Ujian medsi sebenarnye, soklan sampai 300 soklan memang tahap dewa la. Tapi tak menguji kehebatan akal pikiran la, cume menguji tahap mental dan spirtiual untuk tengok sama ada korang ada potensi nak jadi cikgu ke kaki pukul. Masa nak ujian tu gua memang tak kesah sebab ujian tu senang + kacang, tak payah bukak buku pun bole jawab. Tapi yang gua heran budak-budak lain macam rasa tak senang duduk je nak layan benda tu, padahal takde la susah mana. Tapi secara praktikalnya, benda ni cume mengelirukan je. Yela soklan berperangkap la katakan. Tapi takde masalah bagi gua, dalam masa 45 minit gua rasa dah bole siap dan bole mintak keluar. Tapi tak manis keluar awal-awal yedak? HAHAHAHA.

Gua rasa menjawab soklan medsi tu takde masalah dan secara amnye gua rasa sape yang gagal dan lulus medsi tu tolak tepi dulu. Sebab masa interbie semua orang layak di temuduga. Jadi gua rasa medsi ni sebagai satu tindakan membuang masa pagi gua nak tido lelama. Cis, tak guna betul. Jadi sesapa nak amik medsi ni gua sages kan tak payah la nak bace-bace buku 2 sampai 3 ratus page tu. Buang mase je,buat pening kepala pun ada. Lagi satu, tak payah nak pakai formal-formal sangat, jangan di ikut panduan peraturan yang di bagi tu. Tipu je lebih semua tuh. Korang nak amik ujian, panel-panel(penjaga periksa) tak usha korang punya personaliti cara berpakaian. Takde hal la nak pakai jean ngan kasut konves. HAHAHA. Tapi masa interbie kena pakai formal sikit la. Sebab panel-panel nak tengok korang ni pandai berfesyen sebagai profesion guru ke artis. HAHAHA.

Selesai je perihal medsi tu, gua terus balik sambung tido. Interbie petang jadi ada masa sikit gua sepend kan masa untuk rehatkan minda campur pikir ayat madah untuk di kata-kata kan kat panel temuduga nanti. Masa interbie tu gua agak-agak datang lambat sikit sebab hujan renyai-renyai. Yela da masuk musim tengkujuh gamaknye. Disebabkan gua datang lambat nombor giliran gua untuk di temu ramah last sekali la jawabnye. Macam haram. Gampang. Gua rasa macam nak sepak sedas dua je kat panel-panel tu. Agak-agak la nak bersoal selidik sorang candidate selama setengah jam. Dalam group gua ada dalam 15 ke 16 orang, gua kira-kira lepas 3 ke 4 jam seterusnya baru turn gua la gamaknye. Setan betul! Dalam masa 2 jam gua tunggu dari pukul 2 sampai masuk asar turn yang ke-8 belum lagi. Hebat tak hebat la jugak dorang bersembang kencang kat dalam bilik temuduga tu. Gua tengok kat group lain dah nak settle up dah. Panel-panel tu gua syak dorang bermanja mesra sambil tukar-tukar nombor fon agaknya. Tapi benda ni tak bole nak kecoh-kecoh nanti gua tak dapat di temuduga kang susah. Kena jage hati panel temuduga punya pasal gua terpaksa tunggu dalam masa 2 jam lebih. Keras jugak la badan duduk lama-lama. Habis mood lari nak berkata-kata madah mesra dengan panel penemuduga. Gara-gara tunggu lama punya pasal, angin baran tetiba lalu, cibai betul. Shit.


Kebetulan mase tu, nasib baik la group yang lain dah habis di temuduga. Jadi group gua di sarankan untuk mencampakkan sedikit calon-calon ke room yang dah settle up. Jadi bole jimat masa sikit, takde la nak tunggu sampai keras + beku ponggong nak duduk lama-lama. Siot je, tapi nasib memang menyebelahi gua time tuh. Gua dengan sepantas kilat pegi ke room lain dengan mendahului dari calon lain. Makna nye gua la orang 1st lepas ni di temuduga. HAHAHA. Niat memang nak habiskan cepat sesi ni sebab nak balik awal. Petang gua kerja memang lemau la badan nak tunggu habis sesi temuduga ni. Last-last berjaya jugak gua settle kan sesi temuduga ni. Alhamdulillah, tapi gua tak puas hati betul la. Agak-agak gua tunggu lama untuk di temuduga tapi sesi temuduga gua sama panel-panel dalam 10 ke 13 minit cam gitu. Harammmm sungguh. Macam buang masa gua je. Tapi overall gua rasa gua macam kena rijek je. Setannnn. Yela, dari segi gaya bahasa panel tu macam merijek gua je. Macam takde harapan la gua nak sambung. Tanye soklan pun tak banyak kat gua. Rasa macam gua ni takde potensi nak di calonkan sebagai pelajar institut ni. Sial! Dari percakapan awal nampak macam bagi harapan. Macam ni....



 "awak nak tinggal kat asrama(kolej) ke kat rumah awak kalau saya bagi awak belajar kat sini? sebab awak tinggal dekat-dekat sini je kan " kata-kata panel penemuduga.

"Tinggal kat mana-mana pun boleh, bagi saya takde masalah." Jawab gua dengan rilek.


"Tak, saya nak awak pilih antara kolej atau rumah awak." kata-kata tegas selow sikit panel tu.


"Saya rasa saya pilih kolej. Nanti saya boleh bersosial dan bermasyarakat nanti." Jawab gua sambil senyum tak e-klas .




Gua rasa time tu macam ada harapan je nak belajar kat situ. Perghh,rupa-rupanya itu cuma polemik semata-mata. HAAARAMM betol.... Dengan perasaan hampa gua terus keluar lepas panel-panel macam malas nak menemu ramah lagi. Hampa gua hampa, bermodal kan ayat "takde masalah ok je tadi" untuk menjawab persoalan mak gua bile ditanya "macam mane interbie tadi". Tapi secara peraktikalnye, ini perkara biasa sebab gua dah penah lalui nye sebelum ni. Jadi gua rasa nak frust-frust kalau tak layak tu mungkin rasa sikit je pahit nye. Sikitt je woi ! By the way, rezeki tu tak kan lari kemana kalau dah ditetapkan yedak? HAHAHA.

Sekarang ni gua dan yang lain-lain tengah tunggu keputusan akhir samada gua layak atau pun lu orang yang lain layak untuk sambung belajar peringkat degree kat UPSI tu. Dengan bermodalkan doa dan tawakal gua harap hasilnya memuaskan hati gua serta orang lain. Alhamdulillah kalau dapat. Tak dapat gua cube lagi. Tapi kali ni gua cuba dengan se-ekstrim betol. Baru la panel-panel nampak gua berpotensi.Amacam lu orang ada gaya macam gua jugak ke !