Buka mata dan jiwa rakus mu

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat  ,
dari melihat bangsaku dijajah .
Tidak ada yang lebih menyedihkan ,
dari membiarkan bangsaku dihina .


Aku lihat layu dalam melayu
  Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
  Ada juga bercadang bertanya tuan punya
  tapi bercampur risau dengan tak tergamak
  Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
  Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
  Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
  Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
 Aku lihat layu dalam melayu
  Tanah air kita yang punya
  Kita siram, kita baja
  Tapi angin api kita lupa
  Mereka merancang masa menjilat bangsa
  13 harimau bertukar menjadi mangsa
  Kita lupa, nenek moyang kaya raya
  Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
  Kulihat layu dalam melayu
  Kulihat layu dalam melayu
  Kulihat layu dalam melayu
 Takkan melayu hilang di dunia
  Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
  Petah berbahasa kudrat tak berjasa
  Orang berbudi kita hanya tahu merasa
  Selalu lari bila dirapat
  Selalu malu bila soalan diaju
 Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
 Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
 Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
 Kulihat layu dalam melayu
 Kulihat layu dalam melayu
 Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai ,
kerana hanya yang cekal dan tabah ,
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya .


Puitis yang menyentuh predikasi minda dan jiwa gua untuk berfikir sejenak apakah gua bangsa melayu yang mampu mengorak langkah untuk melonjakkan paradigma kewujudan bangsaku yang agung ini ?Hari demi hari memikirkan apakah nasib bangsaku yang agung lagi hebat ini pada masa yang akan datang.Adakah kewujudan mereka dirasai seperti madu didalam air ataupun cuka didalam nasik.Sejarah mengajar kita untuk mengenal masa depan yang lebih cerah dan bermakna.Apakah kita mudah melupakan sejarah yang memberi pengajaran seribu makna?Apakah gua melihat layu dalam melayu?Gua berharap kenyataan ini membuka sejuta rumpun bangsaku untuk bangkit kembali memartabatkan keunggulan bangsa MELAYU yang terselindung pelbagai rahsia ini.Setelah menteliti puitis bermakna ini,gua berharap selangkah kaki gua bergerak boleh memacu keunggulan bangsaku yang penuh nilai keistimewaannya yang tersendiri bagi membuka mata dunia yang rakus ini.Takkan melayu hilang di dunia.InsyaAllah.

Penangan hari raya aidilfitri versi 2010

Sketsa 1

Sedikit sebanyak kemeriahan raya tahun ini tiada tolak tandingnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.Gua merasakan tahun kemuncak ini iaitu era kematangan gua yakni dah berusia 20 tahun la gua cakap sama lu orang.Jangan tak caya plak,nanti susah gua nak terang panjang lebar.Gua merasakan nilai-nilai etika dan peradapan semakin perlu gua belajar agar tidak dipandang serong dan kebudak-budakan.Jadi perubahan dari semasa ke semasa mematangkan pemikiran gua yang dulu hanyalah pemikiran sempit dibawah tempurung.Sekarang baru gua sedari betapa nikmatnya melihat pemandangan dari atas langit.Baru gua tau betapa luasnya bentuk muka bumi ini.Berbalik pada cerita tadi,raya tahun ni membuatkan gua berasa AMAT pentingnya pengisian masa-masa terluang bersama keluarga tercinta ketika berhari raya.(hari-hari biasa pun sama jugak).Tetapi bagi gua,kelebihan ini jarang sama sekali untuk memperolehinya kerana desakan kesibukan menggali harta emas dan perak.Dengan masa yang terluang ini,tanpa membuang masa gua pun mengisikan nya dengan menikmati keasyikan dan keseronokan berhari raya bersama-sama ahli keluarga disamping bermaaf-maafan.Dengan berbekalkan niat yang E class dapat jugakla gua memohon keampunan di hari mulia dari orang tua gua.Bukan dengan itu sahaja,dengan saudara lain pun turut serta malah yang gua tak caya gua dapat duit raya beb!.gua ingat da tua bangka yang mampu mencari harte sendiri macam gua takdapat.Tetapi meleset sama sekali tekaan gua.hehe,yuho0.tanpa membuang keringat gua dengan steady dengan bermuka tebal mengPAU seorang dua pakcik makcik gua.heheh.Rezeki jangan ditolak beb,kutip je semua tuh.Jadi tamak sekejap pun takpe time raya-raya gini.Tak luak duit tuh.hehe.

Gambar sekeluarga di hari raya . kredit to Azhar kerana baik hati mengEDITnya.



Sketsa 2

Kemeriahan raya jugak tak dilupa kepada kengkawan yang berjalan besama semusim usia meningkat dewasa.Tanpa mereka hidup seumpama layang-layang putus talinya.Kenikmatan berhari raya berkongsi sesama rakan membuatkan gua tak kering gusi sambil menjamah santapan hari raya.Gelak tawa dan riang ria menyusuri tanpa memikirkan masalah luar dan dalam peribadi yang selalu menghantui psikologi gua.Macam-macam masalah peribadi yang gua alami,tapi disebabkan mood raya,gua tolak tepi semua masalah tu.raya ni gua ingat nak kasi happening sedikit walaupun tak banyak tapi ada kelainan.Jalinan mesra sesama kengkawan mengeratkan siratulrahim serta memupuk kasih sayang(bukan kasih sayang laki pompuan tu woi!) sesama kawan.Kesinambungan reaksi sesama kawan dapat dirasai dan kemesraan terjalin erat dapat digambarkan melalui khayalan je.Padahal realiti masih sepak terajang, kutuk tikam belakang masih lagi aktif.Cis,gua ingat benda tu takdelah mase raya-raya ni,tapi ada jugak.Memang tak dapat cium bau-bauan duit la korang.Kahkahkah.Gua sebenarnya da pasang niat nak bagi duit raya untuk stok korang menyimpan untuk masa depan.Tapi atas sebab berlaku diskriminasi yang berluas-luasa,takdapat la jawabnye.Tapi itu semua tak penting,yang penting kemesraan dan keeratan perhubungan sesama kita.Susah senang sama-sama merasai,masing-masing punya tanggungjawab dan perwatakan tersendiri.Jadi tak perlu la gua nak cite panjang lebar.Memang bosan kalo duk bersembang bab ni.Anyway,gua rasa berpuas hati dengan kemeriahan hari raya tahun ini kerana secara khususnya gua dapat beraya secara bebas dan logikali yang mendorong gua untuk bergerak atas kaki gua sendiri(ni sebenarnya kiasan sahaja,kalau korang paham memang korang terer la).Gua dapat menilai baik buruk serta mempelajari pengalaman berjumpa,menziarahi sesama manusia yang lebih legend la gua cakap lu,baya-baya gua pun gua anggap legend jugak sebab ilmu dorang tinggi.
Akhir kata,Raya tahun ni memberi gua seribu warna erti kehidupan bermasyarakat serta beradap bagi mengisi pengalaman hidup gua sepanjang gua hidup di muka bumi ini.Gua berharap yang baik serta buruk gua dapat terima seadanya dan memperaktikan yang baik untuk menyusuli dalam kehidupan kontang kanting gua ini.

Sekian dari gua. enjoy your time ! =)

Ini adalah raya pabila kembali dizaman retro.
Kegembiraan berhari raya sesama kengkawan terselah walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain citarasa.

Riuh rendah kapital bandaraya Kolompo

Seminggu sebelum raya gua bercadang memasang niat untuk melayari bahtera ke kolompo.Dengan berbekalkan beratus ringgit dan iman yang cekal tambahan pula dibulan remadan membuatkan gua menjadi dilema untuk pergi ke sana.Nak tak nak je gua pergi tapi diatas desakan hati yang luntur gua berjaya sampai jugak ke kolompo tu.Keadaan yang terik dan memeritkan tak memaksa gua untuk meneguk sepam dua air coke !fuh,syukur iman masih kental.Sebelum ke kapital kolompo tuh gua singgah di bandar bangi tanah ilmu si sapiek belaja.Cis,terpaksa gua pegi jejauh gitu semata-mata untuk menjadi Gps beliau untuk ke kolompo tu,nasib gua handal mengingat selok belok ke kolompo tuh.

Perihal setelah sampai ke bangi telah settle dengan jayanya dan tanpa membuang keringat di bulan remadan ni, kitorang(gua dan sapiek)berangkat terus ke lubuk keseronokan a.k.a kolompo la dengan menaiki 125 hitamnya.Speed habis die pecut,gatal tak gatal la punggung gua melayan getaran di sit belakang.Cis,kebas tak tentu pasal.Nasib dekat je bangi ke kolompo tuh,agak-agak dalam setengah jam jugak la.By the way,Alhamdulillah selamat sampai.Sesudah sampai tanpa berlenggah kan waktu kitorang ke markas 206 yakni tempat perteduhan yang hebat lagi besh la gua cakap lu !

Agak-agak dah nak maghrib berkumandang,tanpa berlenggah serta kelam kabut nya kitorang(gua ,sapiek dan the other yakni 4 orang pelakon tambahan = awie,mus,inul dan farok.tapi farok lambat sikit sebab die pegi makan dulu sebelum maghrib kat stesen hang tuah tu.)pegi ke bazaar remadan mencari juadah santapan berbuka pose.Nasib sempat pegi beli sebelum azan berkumandang,berbuka la di markas tu kitaorang.Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,kami pun menjamah santapan tadi.Alhamdullilah kenyang tak kenyang la kitorang dengan rezeki yang dikurniakan Allah.Selesai menyantap kami me-release-kan angin dan tekanan sesudah menyantap dengan duduk seketika melayan karton doreamon sepam dua.

Sesudah Isyak yakni selepas kui 9 malam,kepala kerungsingan melepak dimarkas tanpa berbuat ape-ape menyebabkan hati berkeladak memasang niat untuk ke lubuk keseronokan di tengah kota kapital ni.Dengan kesetujuan yang lain-lain gua pun bergerak ke Bukit Bintang kancah kegelapan dengan yang lain-lain.Kemeriahan suasana kiri kanan gua tak dapat dikatakan sebab memang tak meriah pun(hahahhahaha).Nothing is happening bagi gua,gua lihat hanya biasa-biasa sahaje sebab makwe-makwe kiri kanan semua nya bukan taste gua walaupun ianya taste si sapiek ni(yang seksi-seksi kelembai baju sengkat-sengkat je yang ada).Kegilaan mendatang setelah penat berjalan tanpa satu arah yang membawa kebaikan.Justeru kami merewang hingga ke hujung kegelapan yakni tempat yang dah tutup.Cis,buat gua penat lelah je sampai sini,rupa-rupanya da tutup.gua lambat 3 minit je.tak guna!.

Selesai merewang tanpa arah tujuan,kepulangan ke markas 206 menyusul plak.Dan-dan la stesen ketapi Lrt tuh tutup disebabkan waktu lewat malam.Terpaksa la naik teksi,nasib murah je.Balik-balik je melayan CC sejam dua jap menunggu waktu kesahuran.Sesudah melayan CC , kitorang melepak Mamak india gua cakap lu,layan nasik lemak pepagi memang layan lagi-lagi tambah sambal pedas tak ingat la boleh berak-berak la lepas ni.Sambil melepak sambil ketawa riang ria sambil berdebat ilmiah yang ada.Kan elok kalo ilmu didada dikongsi bersama untuk kelebihan antara satu sama lain.Dari perihal duniawi hingga ke alam agama la berdebat.tak kering gusi gua cakap lu,ada sahaja benda nak diusulkan.Mana yang baik gua amik dan yang kurang berminat gua tolak tepi je.hehe.

Sehingga keesokan harinya yakni puasa ke berapa ntah,gua pun tak mengira.yang gua tau berpuasa aje.Puasa dua bulan pun gua tak kesah,hehe(sembang nak kencang aje).Siang tu kitorang pergi menjelajah kolompo mencari pakaian dan barangan untuk beraya ni.Yela gua pun nak bergaya dan hensom cam lu orang jugak.Selak punya selak sampai 4 jam jugak la membeli belah,akhirnya dapat jugak benda yang diidamkan.By the way,gua suke beli yang 2nd hand punya sebab da nampak lusuh dan ranggi.Ranggi tu simple dan mudah tetapi bergaya dan yang penting menutup aurat gua.hehe.

Akhirnya,gua malas da nak becerita panjang lebar lagi,gua ingat nak menutup cerita karot ni dengan penutup yang sadis-sadis.Semasa pulang ke halaman gua yakni tanjung malim la.Semasa perjalanan satu musibah melanda gua puncenye motor racing 125 sapiek kehabisan minyak.Cis,kena menapak sambil menolak motor racingnya sejauh 5 kilo meter je.Lepas tu nasib ada INSAN yang baik menolong kitorang bawak naik die punya 4WD nye.Selamat,kalo idak menapak 16 kilo la jawabnye.hehe.Anyway sebelum meneruskan perjalanan,check up kenderaan anda agak perjalanan selesa dan senang.
Gua memang tak puas ati sebab azan maghrib berkumandang semasa gua menapak.Cis!berbuka pukul 8.hahha.anyway Alhamdullilah sempat gua sedeguk dua air untuk berbuka.=)

Sekian dari pengalaman dibulan puasa yang dirahmati ALLAH.