Buka mata dan jiwa rakus mu

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat  ,
dari melihat bangsaku dijajah .
Tidak ada yang lebih menyedihkan ,
dari membiarkan bangsaku dihina .


Aku lihat layu dalam melayu
  Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
  Ada juga bercadang bertanya tuan punya
  tapi bercampur risau dengan tak tergamak
  Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
  Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
  Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
  Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
 Aku lihat layu dalam melayu
  Tanah air kita yang punya
  Kita siram, kita baja
  Tapi angin api kita lupa
  Mereka merancang masa menjilat bangsa
  13 harimau bertukar menjadi mangsa
  Kita lupa, nenek moyang kaya raya
  Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
  Kulihat layu dalam melayu
  Kulihat layu dalam melayu
  Kulihat layu dalam melayu
 Takkan melayu hilang di dunia
  Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
  Petah berbahasa kudrat tak berjasa
  Orang berbudi kita hanya tahu merasa
  Selalu lari bila dirapat
  Selalu malu bila soalan diaju
 Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
 Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
 Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
 Kulihat layu dalam melayu
 Kulihat layu dalam melayu
 Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai


Perjuangan kita belum selesai ,
kerana hanya yang cekal dan tabah ,
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya .


Puitis yang menyentuh predikasi minda dan jiwa gua untuk berfikir sejenak apakah gua bangsa melayu yang mampu mengorak langkah untuk melonjakkan paradigma kewujudan bangsaku yang agung ini ?Hari demi hari memikirkan apakah nasib bangsaku yang agung lagi hebat ini pada masa yang akan datang.Adakah kewujudan mereka dirasai seperti madu didalam air ataupun cuka didalam nasik.Sejarah mengajar kita untuk mengenal masa depan yang lebih cerah dan bermakna.Apakah kita mudah melupakan sejarah yang memberi pengajaran seribu makna?Apakah gua melihat layu dalam melayu?Gua berharap kenyataan ini membuka sejuta rumpun bangsaku untuk bangkit kembali memartabatkan keunggulan bangsa MELAYU yang terselindung pelbagai rahsia ini.Setelah menteliti puitis bermakna ini,gua berharap selangkah kaki gua bergerak boleh memacu keunggulan bangsaku yang penuh nilai keistimewaannya yang tersendiri bagi membuka mata dunia yang rakus ini.Takkan melayu hilang di dunia.InsyaAllah.

No comments: