Kasih Sayang

Musim ke musim perasaan kasih dan sayang sesama insan senantiasa berubah mengikut flow alunan semasa tak kira panas ke, mendung ke, mahupun hujan.Kekadang sifat kasih sayang hanyalah pada bibir manis bersalut ayat leleh sahaja,tak memberi makna dan pengertian pada yang mengerti.Kewujudan perasaan busuk mematahkan ikatan persaudaraan sesama kita tak kira di alam fana ataupun alam maya ni.Kasih sayang mempunyai maksud yang tersendiri dan tersirat walaupun ianya polemik untuk kehidupan bahagia.Tapi yang pasti,kasih sayang ini tidak dapat dibeli walaupun segunung emas perak bercampur darah sekali pun.Gua pun berpikir sebegitu jugak,tapi kalau boleh beli memang semua orang gerenti tak berenti-renti pegi carik harta emas dan perak.Jikalau aje.Dah jangan pikir lelebih,pening kepala lu orang nanti.

Sebenarnya kasih sayang itu ' Titi ',kerana ianya merupakan penghubung antara jiwa dan hati sesama manusia mahupun pada Yang Maha Esa.Kalau takde jalan ataupun penghubung takkan bergerak punya kaki kita yedak.Perjalanan kita mestilah ada haluan dan tujuan yang betul dan muktamad,jika tersemai perhubungan yang jujur lagi ikhlas kompirm kasih sayang itu terjalin.

Kasih sayang itu jugak sebenarnya ' Tali ',sebab ape gua cakap tali?Sebab kasih sayang itulah pengikat hubungan sesama manusia.Kalau wujudnya perasaan kasih sayang kompirm-kompirm korang tak sampai hati nak libas saudara lu orang.Percayalah,kasih sayang ini pengikat kasih antara sesama korang tak kira korang ni baik mahupun jahat.Selagi ada kasih sayang tu,sure tiada pertelingkahan dan peperangan sesama korang.Tali tu kalau dah simpul-simpul lagi payah korang nak huraikan,sebegitu jugak kasih sayang yang disemai,semakin banyak semakin akrab dan kuat perhubungan kasih sayang korang.

Dari kasih itulah timbul simpati sesama korang dan sayang itu melahirkan persaudaraan sesama insan tak kira manis ataupun tawar.Persaudaraan yang akrab melahirkan masyarakat yang kuat pegangan ihsan murni dan bersatu padu memacu kehidupan sejagat yang aman lagi selamat.

Kasih sayang itu salah satu baja,baja yang menyuburkan lagi menyihatkan jiwa dan hati manusia.Tak caya lu orang pegi try.Kalau mengidamkan hasil yang memuaskan takde masalah kalau dah bagi suapan baja yang baik punya gua cakap sama lu.Jadi sama macam kasih sayang ni,kalau curah sebaik-baiknya nescaya hubungan sesama kita takkan goyang walaupun disepak terajang sepoloh doploh orang.Selain itu,kasih sayang ini jugak merupakan penawar bagi seribu dua penyakit duka lara yang menghantui korang selama ini.Gua percaya kasih sayang ni tak hilang selagi masih ada niat yang murni lagi suci dari lubuk hati gua untuk memperoleh hubungan persaudaraan yang aman,akrab,selesa,sopan dan santun.
Bermulalah dari sini .



Gua rasa kasih sesama manusia ni adakala nya bermusim,macam musim-musim yang ada kat malaysia ni,musim buah,musim bola dan musim politik pun ada jugak.Kasih sayang sesama manusia ni tiada abadi dan kekal untuk selamanya.Tapi kasih sayang terhadap Allah tiada batas dan tandingannye.Janji-janji-Nya pasti akan ada dan nyata.Jadi kasih sayang ini besar erti maknanya bagi gua dan sebegitu lu orang.Semailah kasih sayang kepada yang memerlukan dan jangan menunggu masa yang lama untuk menyemainya kerana masa itu emas.Berlarilah dan kejarlah kenikmatan yang dikurniakan Nya untuk mengecapi apa yang terselindung disebalik janji-janji-Nya.Lakukannya ia secepat mungkin sebelum dimamah usia dan masa.  

Dikala umur senja , tatkala cepatnya masa berlalu .

Rentetan lubuk hati yang E-klas lagi berseni dari gua. Ching Ai Ching Ai ~
Kredit to lagu Kasih sayang by Raihan .

No comments: