Cerita seorang kawan

Gua punya sorang kawan, kawan ni bukan kawan biasa. Tapi dio ni generasi kaki pukul punya orang gua cakap sama lu. Dari pandangan susuk badan yang ideal dan berotot menyebabkan orang persekeliling membuat persepsi yang letop-letop macam pandangan terhadap seorang wrestler la. Disebabkan persepsi orang luar sebegitu rupa gua takleh nak komen lelebih la nanti gua kena semack sedas dua masak gua. Kah kah kah.

Banyak-banyak kawan, dio ni la yang gua selalu salute dengan aksi-aksi nye yang selamba marba tu. Mase zaman remaja muda-muda dulu dio ni memang unik sikit, yela dari sepisis kaki pukul yedak. Hahaha. Bukan unik ape, gua terkaji dan tersentap sejam dua masa kat sekolah dulu sebab dio ni sepisis tapak tangan kuning. Perghh,gua nak cakap dio ni adik beradik maskot DiGi tu pun bole terima akal jugak tapi ini tapak tangan je yang kuning. Ada sesekali dua gua tanya dio apahal tapak tangan lu kuning. Lu korek lubang emas ke malam tadi? Sembang punya sembang baru la dio kasi hal yang sebenar-benarnya. Rupa-rupanya dio ni pencucuh saatayy, tapak tangan kuning disebabkan efek dari berendam tangan dalam air kunyit tuh. Hahaha. Macam serupa hantu cerita dio, tak sangka gua die ni terer dalam bab pemakanan, dari pencucuhan hingga la ke pembakaran. Tak serupa dengan kes sosila tu woi! Lu orang jangan pikir dio ni terer bab hal tu. Memang masak la gua berkawan dengan dio, Hahaha.

Masa demi masa berlalu, umur semakin rancak ke alam  kematangan dewasa menyebabkan dio berubah arah ke jalan yang satu lagi. Yakni jalan kancah penjanaan modal insan lahiriah bagi negara-negara membangun. Dio dah serik kena kitai dengan tomahan-tomahan ideologi pendidikan yang bebas. Jadi dio beralih jalan untuk bekerja sepenuh masa, gua syak dio ni nak menjana pendapatan persendirian bagi menampung kehendak dan kemahuan persendirian mahupun kerabat keluarga tercinta nye tu. Ah, itu citarasa dio, biarkan dio berjalan di atas landasan dio sendiri. Gua ?? Gua rasa gua pun dah nak dapat landasan gua sendiri. Yela , asik memikirkan perihal makwe yang tiada penghujungnya. Alih-alih tak dapat terajang seorang dua makwe. Lebih baik gua memikirkan perihal kewangan ekonomi masa depan bagi melangkah setapak dua kedepan dari lu orang. Hahaha.

Berbalik dari cerita tadi, dio ni memang macam-macam masalah yang dilalui semasa hayat di kandung badan, dari sketsa putus cinta hingga la sketsa putus urat kentut. Pergghh,memang tak semenggah cerita dio ni. Hahaha. Walaupun dio ni seorang yang gagal takpun loser tapi kecekalan dio memang gua tak dapat lawan la. Dio ni memang keras kepala macam batu kerikir, nak jugak berani gagal. Lu orang amacam ? Ada berani gagal tak? Kalau lu orang pun berani gagal gua salute la sama lu orang. Memang ada kekuatan mental dan spiritual la lu orang kalau berani gagal, ada potensi nak jadi generasi kaki pukul. Hahaha. Dio ni memang hantu kerja, takpenah nak kasi gua chance nak menang setapak dari dio. Fuh,kalau bab kerja-kerja ni dio ni memang rajin tak tentu pasal. Mengalahkan orang perempuan buat kerja rumah, memang sepisis robot la boleh gua transkip kan kat sini. Hahaha. Dalam bab kerja la dio handal dari gua, hal lain gua boleh menang dengan mudahnye.

Tapi sekarang, Ye sekarang ! gua tengok dio ni dah mula seriyus dalam pandangan dalam pencarian harta kekayaan bagi menjana kehidupan masa kelak. Bab-bab merosakkan akal dio dah tolak tepi awal-awal. Dio taknak buang masa dan keringat memikirkan hal-hal yang tak masuk akal yang selalu dio buat masa kuku tengah tajam. Sekarang baru la dio nak simpan kuku nye tu, yela dah masuk ke alam seriyus berhidup la katakan. Tak lama lagi bole jadi laki orang yedak ? Hahaha. Disebabkan pemikiran busuk dio macam tu, gua pun serupa nak ikut jejak bebayang dio untuk berpikir dengan seriyusnya tentang kehidupan akan datang. Dah takde perihal pukul-pukul sekarang. Sekarang ni carik duit je untuk buat modal tuk kawin nanti takpun buat aset masa depan. Senang nak pegi melencong ke tempat orang especially kat tanah suci Mekah tu.

By da way, kekuatan dio sebenarnya bukan terletak pada susuk badan nye yang kental tu, bagi gua kekuatan dio ni terletak pada daya keusahaan dan kecekalan dio yang takde batas membuatkan gua rasa dio ni hebat di mata gua tak kesah la dio ni susah ke senang ke. Kalau dah hebat tu hebat la jugak yedak. Jadi gua merasakan ada patut gua rasa hormat dan salute la omputih cakap kat dio ni. Harap dio ni kuat hadapi arus kehidupan yang berduri sembilu ni. Tak menyesal gua kawan sama lu wahai Joreng si tangan kuning ! Hahahah. Jangan cepat angkat parang bro kalau lu ade bace . Tapi ini la hakikatnye. Kah Kah Kah Kah.

p/s : Gambar berader ni tak dapat gua nak post kan sekali sebab gua tak simpan. Nanti kalau gua simpan lu orang cop gua gay. Hahahah. Nanti-nanti gua post kalau gua dapat belutoth gambar dengan dio.

3 comments:

Senja Yang Berlalu .. said...

hehe, pujian ikhlas dari wan.
sejak bile mamat satay ni kaki pukul?
owh, baru aku tau sejarah brader bank.

Anonymous said...

hahaha..lu nie wan mmg cri psal..kan ecah dh taw sejarah aku..hahahaha..anyway thank bro..ko pown kwn den yg terbaik...tiap2 org ade klebhan kan...thak bro...

Azwan Azlan said...

senja nak masuk maghrib = E-klas tak E-klas la jugak. HAHA. Die jadi kaki pukul sejak die pukul ak. HAHA. Ni sejarah tanpe pengesahan kerajaan lagi. Kalau idak boleh masuk dalam buku teks. HAHA.

Hantu = Kelebihan dan kekurangan sama-sama merasa.Tak luak berkongsi. HAHA.