Sepintas lalu

Pepagi subuh yang hening ni memang sejuk nyaman dan tenteram. Frekuensi tekanan agak selow dan tak sehebat flow ketika tengah hari dan senja tuh. Maintan menyegarkan dan membuatkan gua berasa senang hati melayan karenah-karenah sepisis manusia yang agak lain dari yang lain. By the way,sehening pagi ni tak sangka gua TERlayan lagu-lagu berentak kan islamic yang mendalam. Perghh,memang tak caya lu orang kalo gua bercerita tentang perihal ni,betul tak ? kah kah kah.

Sedang-sedang gua melayan sepam dua lagu berirama nasyid ni,tersentap pulak naluri gua yang rakus ni untuk berdiam seketika menghayati kesenian yang mendalam tentang kiasan liriknya. Fuh,memang bole mengalir air mata semangkuk beb gua cakap lu orang. Tetiba naluri keinsafan berlalu seminit dua membuatkan gua nak berlari dari kancah kegelapan gua untuk mencari kecahayaan yang sempurna. Memang betul-betul gua mengasyik layan lentok lagu nih. Diam tak diam gua dah mula menyedari kerugian yang telah gua lakukan. Rupa-rupanya gua berada dalam keadaan yang liar lagi buas ketika hidup sebagai pelayar kehidupan seorang pemuda yang pra-matang yang mencecah umur puluhan. Gua merasakan adakah masih sempat gua untuk meyusuri ke arah jalan yang benar lagi benar. Sejenak jugak la gua memikirkan benda ni. Gua berharap suatu ketika nanti gua dapat merealisasikan kehendak gua ni dengan berusaha serta berdoa lebih. Lagu I'tiraf memang membuka hati gua yang gelap lagi berdaki dengan kata-kata liriknya yang bersih lagi asli.

Perihal ni kalo gua amik seriyus memang gua bole berubah kearah pemutihan semula ni. Gua syak gua bole jadi ustaz lepas ni. Menjadi pendakwah bebas pun bole lepas ni,bagi tazkirah dan ceramah perihal bab agama-agama. Kalo gua amik seriyus jela tentang bab-bab ni. Hendak seribu daya , taknak seribu satu dalih yedak. By da way,gua rasa setiap rahmat-Nye senantiasa akan dikurniakan kepada yang dikehendakiNya,jadi kalo dah berusaha tu tak jadi masalah untuk menikmati anugerahNya. Jadi selagi masih ada hayat dikandung badan, takkan jemu untuk berusaha ke arah pemutihan jiwa dan hati terhadapNya. InsyaAllah .

1 comment:

faezah said...

hurm,,..cm knal jer sape yg ko cter niehh,haha