Sekarang ni aku still tak keje dan masih menghabiskan masa dengan degree dalam penghasilan air minuman serta pembersihan peralatan makan, tapi dalam usaha penghasilan makanan jugak dalam pemprosesan(belum lagi mula) Cewahhhhh, sembang amik degree macam haram je, sebenarnya still tolong parent aku, backup keje diorang, ringankan tugas-tugas yang ada kat kedai makan LAN TOM YAM tu ! hahaha, saje je bold kan nama kedai tu. Sebab kedai tu la kedai yang pailang kat area situ, tak caya,korang datang sendiri. Memang tak kan puas hati punya, kenape? ahhh, itu sendiri-sendiri punya emosi dan interaksi kau orang je. Interaksi? huh?! apehal ke interaksi? Aku rasa, aku pun tak tau. ahhhhhh mengarut lebih.
Dan lagi mengarut, aku rasa penglibatan aku kearah pendidikan ke tahap yang ideal dan lagi berkarisma iaitu ke arah degree mahupun master takpun phd pun bole, rasanye tak tercapai lagi buat masa ni. Buat masa ni je. Lain masa mungkin ada yedak, just tunggu. Aku yakin ada ! mesti ada punya woi ! hehehehe. Cuma sekarang ni terpaksa remake balik struktur rancangan yang bole mendatangkan faedah yang.....yang.... ahhh nak cakap pun susah, takpe rasanya mungkin yang baik takpun lebih baik. =) hehehehe.
Ok,rasanye takat sini pun takpe, nak cerita panjang-panjang next entrie pun bole kan. Well,nanti aku cerita lagi. =))