Ini la mulanya

Hari berganti hari , siang bertukar malam dan panas menjadi sejuk. Pehh, rasa macam tak seberape indah permulaan entrie ni.Memang Lame betul. Ahh,pedulikan, sekarang rasanye dah lama tak meng-update-kan blog tempat penyimpanan dendam sementara ni. Ok, kali ni nak lepas dendam sangat pun tak bole jugak, rasa macam tak berape manis je bile di baca orang. Uhmm, aku rasa dah lama aku tido untuk mengurangkan tekanan dan feel kenikmatan hidup dikala kebebasan tanpa hala tujuan yang pure. Sudah lama jugak menggeliatkan badan di perkarangan kebuntuan hidup yang kurang bermoral. Oowhhh, tidak-tidak, rasanye tu cuma fantasi mainan fikiran aku yang bercelaru semenjak dua menjak ni. Aku rasa macam biasa je, macam orang normal, macam kau orang jugak la. Yes, sekarang aku still sehat bertenaga serta bertambah taff, well, nak hidup mestilah sehat yedak? Rambut pun semakin memanjang dan tak kemas, hahaha. Well, itu la dinamakan kebebasan, mesti kena rasa kebebasan tu, baru ada spirit, Yeah !

 Sekarang ni aku still tak keje dan masih menghabiskan masa dengan degree dalam penghasilan air minuman serta pembersihan peralatan makan, tapi dalam usaha penghasilan makanan jugak dalam pemprosesan(belum lagi mula) Cewahhhhh, sembang amik degree macam haram je, sebenarnya still tolong parent aku, backup keje diorang, ringankan tugas-tugas yang ada kat kedai makan LAN TOM YAM tu ! hahaha, saje je bold kan nama kedai tu. Sebab kedai tu la kedai yang pailang kat area situ, tak caya,korang datang sendiri. Memang tak kan puas hati punya, kenape? ahhh, itu sendiri-sendiri punya emosi dan interaksi kau orang je. Interaksi? huh?! apehal ke interaksi? Aku rasa, aku pun tak tau. ahhhhhh mengarut lebih.

Dan lagi mengarut, aku rasa penglibatan aku kearah pendidikan ke tahap yang ideal dan lagi berkarisma iaitu ke arah degree mahupun master takpun phd pun bole, rasanye tak tercapai lagi buat masa ni. Buat masa ni je. Lain masa mungkin ada yedak, just tunggu. Aku yakin ada ! mesti ada punya woi ! hehehehe. Cuma sekarang ni terpaksa remake balik struktur rancangan yang bole mendatangkan faedah yang.....yang.... ahhh nak cakap pun susah, takpe rasanya mungkin yang baik takpun lebih baik. =) hehehehe. 

Ok,rasanye takat sini pun takpe, nak cerita panjang-panjang next entrie pun bole kan. Well,nanti aku cerita lagi. =))

1 comment:

jaja said...

hoho,bole aq lepak2 kdai ko...hii