You Pee As I

Baru-baru ni gua dapat tau yang gua diterima untuk menjalani ujian sesi interbie bagi  memasuki pusat pengajian tinggi. Selepas dapat je berita tu, gua rasa macam nak tak nak je pegi, yola macam takde potensi langsung gua nak jadi cikgu. Bukan takde, memang takde pun. Gua saje je hari tu isi-isi pemohonan kemasukan tu, alih-alih tak sangka gua terpilih. Pergh,macam tak percaya je gua takde rasa bangga dengan pencapaian ni. Memang tak reti bersyukur betol. Memang padan muke la gua ni kalau tak dapat sambung belajar kat mana-mana. HUHUHU. Memang gua tak pandang seriyus pun benda ni, tapi kena pegi jugak la interbie ni. Mana tau kalau dapat mungkin rezeki gua untuk tahun ni. HEHEHE. Tak salah nak mencuba nasib tapi gua tak letak harapan yang tinggi pada keputusannya, nanti tak dapat sambung frust menonggeng la jawabnya. HAHAHA.

Ok, gua bercerita perihal hari interbie tu pulak. Sebelum interbie kena buat ujian personaliti dulu. Ujian personaliti?? Ujian medsi sebenarnye, soklan sampai 300 soklan memang tahap dewa la. Tapi tak menguji kehebatan akal pikiran la, cume menguji tahap mental dan spirtiual untuk tengok sama ada korang ada potensi nak jadi cikgu ke kaki pukul. Masa nak ujian tu gua memang tak kesah sebab ujian tu senang + kacang, tak payah bukak buku pun bole jawab. Tapi yang gua heran budak-budak lain macam rasa tak senang duduk je nak layan benda tu, padahal takde la susah mana. Tapi secara praktikalnya, benda ni cume mengelirukan je. Yela soklan berperangkap la katakan. Tapi takde masalah bagi gua, dalam masa 45 minit gua rasa dah bole siap dan bole mintak keluar. Tapi tak manis keluar awal-awal yedak? HAHAHAHA.

Gua rasa menjawab soklan medsi tu takde masalah dan secara amnye gua rasa sape yang gagal dan lulus medsi tu tolak tepi dulu. Sebab masa interbie semua orang layak di temuduga. Jadi gua rasa medsi ni sebagai satu tindakan membuang masa pagi gua nak tido lelama. Cis, tak guna betul. Jadi sesapa nak amik medsi ni gua sages kan tak payah la nak bace-bace buku 2 sampai 3 ratus page tu. Buang mase je,buat pening kepala pun ada. Lagi satu, tak payah nak pakai formal-formal sangat, jangan di ikut panduan peraturan yang di bagi tu. Tipu je lebih semua tuh. Korang nak amik ujian, panel-panel(penjaga periksa) tak usha korang punya personaliti cara berpakaian. Takde hal la nak pakai jean ngan kasut konves. HAHAHA. Tapi masa interbie kena pakai formal sikit la. Sebab panel-panel nak tengok korang ni pandai berfesyen sebagai profesion guru ke artis. HAHAHA.

Selesai je perihal medsi tu, gua terus balik sambung tido. Interbie petang jadi ada masa sikit gua sepend kan masa untuk rehatkan minda campur pikir ayat madah untuk di kata-kata kan kat panel temuduga nanti. Masa interbie tu gua agak-agak datang lambat sikit sebab hujan renyai-renyai. Yela da masuk musim tengkujuh gamaknye. Disebabkan gua datang lambat nombor giliran gua untuk di temu ramah last sekali la jawabnye. Macam haram. Gampang. Gua rasa macam nak sepak sedas dua je kat panel-panel tu. Agak-agak la nak bersoal selidik sorang candidate selama setengah jam. Dalam group gua ada dalam 15 ke 16 orang, gua kira-kira lepas 3 ke 4 jam seterusnya baru turn gua la gamaknye. Setan betul! Dalam masa 2 jam gua tunggu dari pukul 2 sampai masuk asar turn yang ke-8 belum lagi. Hebat tak hebat la jugak dorang bersembang kencang kat dalam bilik temuduga tu. Gua tengok kat group lain dah nak settle up dah. Panel-panel tu gua syak dorang bermanja mesra sambil tukar-tukar nombor fon agaknya. Tapi benda ni tak bole nak kecoh-kecoh nanti gua tak dapat di temuduga kang susah. Kena jage hati panel temuduga punya pasal gua terpaksa tunggu dalam masa 2 jam lebih. Keras jugak la badan duduk lama-lama. Habis mood lari nak berkata-kata madah mesra dengan panel penemuduga. Gara-gara tunggu lama punya pasal, angin baran tetiba lalu, cibai betul. Shit.


Kebetulan mase tu, nasib baik la group yang lain dah habis di temuduga. Jadi group gua di sarankan untuk mencampakkan sedikit calon-calon ke room yang dah settle up. Jadi bole jimat masa sikit, takde la nak tunggu sampai keras + beku ponggong nak duduk lama-lama. Siot je, tapi nasib memang menyebelahi gua time tuh. Gua dengan sepantas kilat pegi ke room lain dengan mendahului dari calon lain. Makna nye gua la orang 1st lepas ni di temuduga. HAHAHA. Niat memang nak habiskan cepat sesi ni sebab nak balik awal. Petang gua kerja memang lemau la badan nak tunggu habis sesi temuduga ni. Last-last berjaya jugak gua settle kan sesi temuduga ni. Alhamdulillah, tapi gua tak puas hati betul la. Agak-agak gua tunggu lama untuk di temuduga tapi sesi temuduga gua sama panel-panel dalam 10 ke 13 minit cam gitu. Harammmm sungguh. Macam buang masa gua je. Tapi overall gua rasa gua macam kena rijek je. Setannnn. Yela, dari segi gaya bahasa panel tu macam merijek gua je. Macam takde harapan la gua nak sambung. Tanye soklan pun tak banyak kat gua. Rasa macam gua ni takde potensi nak di calonkan sebagai pelajar institut ni. Sial! Dari percakapan awal nampak macam bagi harapan. Macam ni....



 "awak nak tinggal kat asrama(kolej) ke kat rumah awak kalau saya bagi awak belajar kat sini? sebab awak tinggal dekat-dekat sini je kan " kata-kata panel penemuduga.

"Tinggal kat mana-mana pun boleh, bagi saya takde masalah." Jawab gua dengan rilek.


"Tak, saya nak awak pilih antara kolej atau rumah awak." kata-kata tegas selow sikit panel tu.


"Saya rasa saya pilih kolej. Nanti saya boleh bersosial dan bermasyarakat nanti." Jawab gua sambil senyum tak e-klas .




Gua rasa time tu macam ada harapan je nak belajar kat situ. Perghh,rupa-rupanya itu cuma polemik semata-mata. HAAARAMM betol.... Dengan perasaan hampa gua terus keluar lepas panel-panel macam malas nak menemu ramah lagi. Hampa gua hampa, bermodal kan ayat "takde masalah ok je tadi" untuk menjawab persoalan mak gua bile ditanya "macam mane interbie tadi". Tapi secara peraktikalnye, ini perkara biasa sebab gua dah penah lalui nye sebelum ni. Jadi gua rasa nak frust-frust kalau tak layak tu mungkin rasa sikit je pahit nye. Sikitt je woi ! By the way, rezeki tu tak kan lari kemana kalau dah ditetapkan yedak? HAHAHA.

Sekarang ni gua dan yang lain-lain tengah tunggu keputusan akhir samada gua layak atau pun lu orang yang lain layak untuk sambung belajar peringkat degree kat UPSI tu. Dengan bermodalkan doa dan tawakal gua harap hasilnya memuaskan hati gua serta orang lain. Alhamdulillah kalau dapat. Tak dapat gua cube lagi. Tapi kali ni gua cuba dengan se-ekstrim betol. Baru la panel-panel nampak gua berpotensi.Amacam lu orang ada gaya macam gua jugak ke !

3 comments:

jaja said...

insyaallah klau ader rzki..dptnyer upsi tuh..
cm dah ptus hrapan jer ko nie

Azwan Azlan said...

bukan putus harapan.
cume tak meletak harapan yang terlalu tinggi.

Izmy D Luffy said...

kalo xdpt msuk upsi...KTAC ad...sedia menuggu...