Baru,baru dan baru


 Hari ni dah masuk ke tahun baru 2011. Tahun baru untuk omputih tapi bagi orang islam dah berlalu beberapa minggu yang lalu. Bagi aku, eh, nak pakai kata nama aku la pulak. Well,dah masuk ke tahun baru kan, ni citarasa aku bagi 2011. Berubah kepada yang lain, yang lebih relevan dan versetail. Versetail ? kah kah kah. Hampeh. Aku lihat tahun baru ni akan banyak perancang jangka masa panjang yang akan di rancang, nak dapat kehidupan yang lebih selesa kan, jadi kena la rancang dulu. Banyak perancangan difikirkan tapi kalau nak sembang kat sini memang tak kan habis nak cakap, semuanya bunyi macam harapan. Harapan dalam mainan mimpi di siang dan malam hari. Fact, semua perancangan tak selalunye terjadi, kita kan hanya manusia kecil yang hanya mampu merancang dan Yang Maha Kuasa sahaja yang menentukan. Just accept it =). Aku terima dan cekal ape yang berlaku pada tahun 2010 dan menerima kegagalan dan kejayaan dengan rasa bertimbang rasa. Tak mudah untuk menghadapi liku-liku kegagalan dalam kehidupan, lagi-lagi semasa keadaan darurat. Hanya tuhan sahaja yang memahami kerana DIA Maha Memahami dan Maha Mengetahui. Secara teknikalnya, aku bersyukur kerana berani menghadapi realiti yang tak seberapa nak manis dan masih cuba untuk menjadi lebih berani. Berani untuk berhadapan dengan kegagalan dan realiti kehidupan alam ini. Aku harap punya masa dan rezeki yang lebih elok dimasa yang akan datang, InsyaAllah.

Tahun ini aku harap aku dapat mengubah diri aku yang tak berape nak elok ni ke arah yang lebih elok sikit.
Jika aku tak buat sekarang, mungkin esok lusa aku tak kan dapat mengubah diri aku sendiri. Realitinya sememangye sebegini rupa, selagi tak gerak selagi tu la ko akan sangkut pada takuk yang lama. Tak kan nak tunggu sampai kucing bertanduk dua baru nak bergerak yedak ? hehehe. Aku letak gambar matahari sebagai tanda kebangkitan aku sebab orang akan mula bangkit ketika matahari muncul memancar dan takkan bangkit ketika bulan muncul(orang dah tidur yedak?). Hanya orang-orang gelap sahaja muncul ketika saat bulan berkeliaran di ruang angkasa raya.

By the way, sebenarnya baru hari ni aku nak meng-Update-kan blog aku yang sekian lama menyepi tanpa cerita-cerita karut. Well,tahun baru mesti ada cerita baru yedak ? Keh Keh Keh. Masih banyak lagi cerita yang belum sempat aku postkan(sebenarnye tak tulis lagi pun). Sepanjang disember lalu yang penuh dengan rahmat Ilahi banyak perkara yang aku pelajari. Harap dapat di kongsi kan dalam blog santap menyantap ni
pada post yang akan datang.

2 comments:

jaja said...

smoga thun 2011 mnjdikan kte lbh mtang..(:
n hope dpt kjayaan ..

AisyahIsmail :) said...

Hepy New year too ..
Lets create your day with smile !