Penangan hari raya aidilfitri versi 2010

Sketsa 1

Sedikit sebanyak kemeriahan raya tahun ini tiada tolak tandingnya berbanding tahun-tahun sebelumnya.Gua merasakan tahun kemuncak ini iaitu era kematangan gua yakni dah berusia 20 tahun la gua cakap sama lu orang.Jangan tak caya plak,nanti susah gua nak terang panjang lebar.Gua merasakan nilai-nilai etika dan peradapan semakin perlu gua belajar agar tidak dipandang serong dan kebudak-budakan.Jadi perubahan dari semasa ke semasa mematangkan pemikiran gua yang dulu hanyalah pemikiran sempit dibawah tempurung.Sekarang baru gua sedari betapa nikmatnya melihat pemandangan dari atas langit.Baru gua tau betapa luasnya bentuk muka bumi ini.Berbalik pada cerita tadi,raya tahun ni membuatkan gua berasa AMAT pentingnya pengisian masa-masa terluang bersama keluarga tercinta ketika berhari raya.(hari-hari biasa pun sama jugak).Tetapi bagi gua,kelebihan ini jarang sama sekali untuk memperolehinya kerana desakan kesibukan menggali harta emas dan perak.Dengan masa yang terluang ini,tanpa membuang masa gua pun mengisikan nya dengan menikmati keasyikan dan keseronokan berhari raya bersama-sama ahli keluarga disamping bermaaf-maafan.Dengan berbekalkan niat yang E class dapat jugakla gua memohon keampunan di hari mulia dari orang tua gua.Bukan dengan itu sahaja,dengan saudara lain pun turut serta malah yang gua tak caya gua dapat duit raya beb!.gua ingat da tua bangka yang mampu mencari harte sendiri macam gua takdapat.Tetapi meleset sama sekali tekaan gua.hehe,yuho0.tanpa membuang keringat gua dengan steady dengan bermuka tebal mengPAU seorang dua pakcik makcik gua.heheh.Rezeki jangan ditolak beb,kutip je semua tuh.Jadi tamak sekejap pun takpe time raya-raya gini.Tak luak duit tuh.hehe.

Gambar sekeluarga di hari raya . kredit to Azhar kerana baik hati mengEDITnya.



Sketsa 2

Kemeriahan raya jugak tak dilupa kepada kengkawan yang berjalan besama semusim usia meningkat dewasa.Tanpa mereka hidup seumpama layang-layang putus talinya.Kenikmatan berhari raya berkongsi sesama rakan membuatkan gua tak kering gusi sambil menjamah santapan hari raya.Gelak tawa dan riang ria menyusuri tanpa memikirkan masalah luar dan dalam peribadi yang selalu menghantui psikologi gua.Macam-macam masalah peribadi yang gua alami,tapi disebabkan mood raya,gua tolak tepi semua masalah tu.raya ni gua ingat nak kasi happening sedikit walaupun tak banyak tapi ada kelainan.Jalinan mesra sesama kengkawan mengeratkan siratulrahim serta memupuk kasih sayang(bukan kasih sayang laki pompuan tu woi!) sesama kawan.Kesinambungan reaksi sesama kawan dapat dirasai dan kemesraan terjalin erat dapat digambarkan melalui khayalan je.Padahal realiti masih sepak terajang, kutuk tikam belakang masih lagi aktif.Cis,gua ingat benda tu takdelah mase raya-raya ni,tapi ada jugak.Memang tak dapat cium bau-bauan duit la korang.Kahkahkah.Gua sebenarnya da pasang niat nak bagi duit raya untuk stok korang menyimpan untuk masa depan.Tapi atas sebab berlaku diskriminasi yang berluas-luasa,takdapat la jawabnye.Tapi itu semua tak penting,yang penting kemesraan dan keeratan perhubungan sesama kita.Susah senang sama-sama merasai,masing-masing punya tanggungjawab dan perwatakan tersendiri.Jadi tak perlu la gua nak cite panjang lebar.Memang bosan kalo duk bersembang bab ni.Anyway,gua rasa berpuas hati dengan kemeriahan hari raya tahun ini kerana secara khususnya gua dapat beraya secara bebas dan logikali yang mendorong gua untuk bergerak atas kaki gua sendiri(ni sebenarnya kiasan sahaja,kalau korang paham memang korang terer la).Gua dapat menilai baik buruk serta mempelajari pengalaman berjumpa,menziarahi sesama manusia yang lebih legend la gua cakap lu,baya-baya gua pun gua anggap legend jugak sebab ilmu dorang tinggi.
Akhir kata,Raya tahun ni memberi gua seribu warna erti kehidupan bermasyarakat serta beradap bagi mengisi pengalaman hidup gua sepanjang gua hidup di muka bumi ini.Gua berharap yang baik serta buruk gua dapat terima seadanya dan memperaktikan yang baik untuk menyusuli dalam kehidupan kontang kanting gua ini.

Sekian dari gua. enjoy your time ! =)

Ini adalah raya pabila kembali dizaman retro.
Kegembiraan berhari raya sesama kengkawan terselah walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain citarasa.

4 comments:

Azwan Azlan said...

Based on true story beb . hehe .

jaja said...

hehe,raye yg bez...;)

Azwan Azlan said...

Hari raye memang besh.
Cume setiap pengisiannya kena strategik dan meriah.
Baru enjoy. HEHE :)

Izmy D Luffy said...

buahaha...